OBJEKTIF
- Memberi penerangan dan menyampaikan maklumat mengenai zakat harta dengan
berkesan dan menggunakan kaedah terkini kepada masyarakat Islam di Negeri Pahang
- Menyediakan kemudahan-kemudahan untuk membayar zakat kepada seluruh umat Islam
di Negeri Pahang
- Mengadakan kajian dan pembangunan dalam urusan zakat harta di Negeri Pahang
Darul Makmur
FUNGSI
- Menjalankan urusan yang berkaitan dengan pengurusan kutipan zakat harta di Negeri Pahang
- Merekodkan, menyimpan dan mengemas kini segala maklumat yang berkaitan pembayar zakat harta
- Menyerahkan wang kutipan zakat harta kepada MUIP mengikut garis panduan yang ditetapkan
- Menyampaikan mesej dan dakwah kepada orang ramai tentang kewajipan menunaikan zakat
PENGERUSI
YDH Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan
(SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM.,AMP)
Timbalan Yang DiPertua
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
AHLI LEMBAGA PENGARAH
Y.H Prof.Madya Dato’ Dr. Abdul Monir bin Yaacob,
(DIMP.,KMN.,)
Y.H Dato’ Hajah Ustazah Solehah binti Haji Osman
(DIMP., AMP.,PKC.,)
Y.Bhg. Tuan Haji Halidan bin Md Daud
(AMP)
TARIKH DITUBUHKAN
16 September 1995
TARIKH MULA BEROPERASI
02 Januari 1996
PIAGAM PELANGGAN
Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, bertanggungjawab, amanah, cekap dan mesra kepada pelanggan-pelanggan kami di samping mewujudkan persekitaran kondusif berdasarkan Ilmu, Iman, Amal, dan Ehsan.
Kami juga bersedia untuk:
- Menyelesaikan permasalahan zakat anda dengan segera
- Memastikan anda berurusan dengan selesa dan dihormati
- Membuat taksiran dan memproses bayaran zakat anda
- Menjamin kerahsiaan maklumat anda
- Mengingatkan haul zakat anda
- Memenuhi setiap jemputan untuk perbincangan, taklimat dan penerangan zakat pada bila-bila masa
- Menerima teguran dan cadangan anda
- Memperbaiki perkhidmatan dari masa ke semasa
- Menjaga sahsiah dan akhlak serta tunduk kepada perintah Allah S.W.T.
Motto: GIGIH, AMANAH, PENYAYANG