Nisab Semasa RM 14,132.06   

NISAB SEMASA

RM 14,132.06

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

   
KALKULATOR







E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT



 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan


Rukun Islam

Pengertian Adab-Adab Syarat-Syarat
Jenis-Jenis Kaedah Taksiran Kaedah Membayar Asnaf-Asnaf

JENIS-JENIS ZAKAT HARTA

Pendapatan Perniagaan Emas / Perak Wang Simpanan
Tanaman Ternakan Saham Rikaz


ZAKAT EMAS DAN PERAK

Pengenalan

Emas dan perak merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah s.w.t. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila telah sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak

Firman Allah s.w.t :

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِى سَبيلِ اللهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذاَبٍ أَلِيمٍ ﴿34

Maksudnya :

"Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak, serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan atau azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

(surah at-Taubah 34)

 

Sabda Nabi s.a.w :

مَا مِنْ صَاحِبِ ذَهَبٍ وَلاَ فِضَّةٍ لاَ يُؤَدِّيْ مِنْهَا  حَقَّهَا إِلاَّ إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ صُفِّحَتْ لَهُ صَفَائِحُ مِنْ نَارٍ، فَأُحْمِيْ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ، فَيُكْوَى بِهَا جَنْبُهُ وَجَبِينُهُ وَظَهْرُهُ، كُلَّمَا بَرَدَتْ أُعِيدَتْ لَهُ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، حَتَّى يُقْضَ بَيْنَ العِبَادِ....

( رواه مسلم )

Maksudnya :

“Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya.”

-Riwayat Muslim-

Jenis emas yang diwajibkan zakat

  1. Emas yang tidak dipakai

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas yang tidak dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. sebagai contoh, jika berat keseluruhan emas yang tidak dipakai itu bernilai RM8500 (nilai semasa) maka zakatnya adalah : RM8500 x 2.5% = RM212.50

  1. Emas yang dipakai

Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi 'uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas keseluruhan berat emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.

Jenis-jenis Emas dan Perak

Emas

a.         Jongkong emas

b.         Bijih emas

c.         Wang emas

d.         Perkakas atau perhiasan rumah daripada emas

e.         Barang-barang perhiasan

f.          Barang kemas yang tidak digunakan atau beratnya melebihi uruf

 

Perak

a.         Jongkong perak

b.         Bijih perak

c.         Wang perak

d.         Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak seperti piala, piewter dan lain-lain

e.         Barang kemas perak

 

Nisab dan Kadar Zakat Emas

Sabda Nabi s.a.w :

وَلَيسَ عَلَيكَ شَيْءٌ - يَعْني فِي الذَّهّبِ حَتَّى يَكُونُ لَكَ عِشْرُونَ دِيناَرًا. فَإِذَا كَانَ لَكَ عِشْرُونَ وَحَالَ عَلَيهَا الحَوْلَ فَفَيهَا نِصْفُ دِينَارٍ فَمَا زَادَ فَبِحِسَابِ ذَلِكَ.....

( رواه أبو داود )

"Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya".

(Riwayat Abu Daud)

Apabila seseorang memiliki emas sejumlah senisab atau lebih dan telah cukup haul (setahun) ia wajib mengeluarkan zakat. Ulamak sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, maka wajib dikenakan zakat. Kadar zakat ialah rubu' al 'usyur iaitu satu perempat puluh (1/40) atau dua setengah peratus (2.5%).

 

Nisab dan Kadar Zakat Perak

Sabda Rasulullah s.a.w :

وَلَيْسَ فِيمَا دُوْنَ خَمْسَةِ أَوْسُقٍ صَدَقَةٌ

( رواه مسلم )

"...tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan ± 930 liter) “

 (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi :

وَفِي الرِّقَّةِ رُبْعُ الْعُشُرِ....

( رواه البخاري )

"Pada perak (zakatnya) 1/40…"

(Riwayat al-Bukhari)


 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009