Nisab Semasa RM 14,132.06   

NISAB SEMASA

RM 14,132.06

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

   
KALKULATOR







E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT



 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan


Rukun Islam

Pengertian Adab-Adab Syarat-Syarat
Jenis-Jenis Kaedah Taksiran Kaedah Membayar Asnaf-Asnaf

JENIS-JENIS ZAKAT HARTA

Pendapatan Perniagaan Emas / Perak Wang Simpanan
Tanaman Ternakan Saham Rikaz


ZAKAT PENDAPATAN

Pengenalan

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekali gus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.

Pengertian Gaji

Iaitu pendapatan penggajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Pendapatan penggajian merangkumi :

  1. Gaji Tahunan
  2. Tunggakan Gaji
  3. Pelbagai Elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
  4. Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Pendapatan Bebas

Iaitu pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Pendapatan bebas ini merangkumi :

  1. Khidmat Guaman
  2. Khidmat Nasihat
  3. Juru Perunding
  4. Rawatan Perubatan
  5. Kejuruteraan
  6. Seniman
  7. Lain-lain

Dalil Zakat Gaji/Pendapatan Bebas

Firman Allah S.W.T:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ أَمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ ... ﴿267

Yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, belanjalah pada jalan Allah sebahagian dari hasil kamu yang baik-baik".

(Surah Al-Baqarah 267)

Sabda Nabi S.A.W :

 

وَلاَ يَكْسِبُ عَبْدٌ مَالاً مِنْ حَرَامٍ فَيُنْفِقُ فِيْهِ فَيُباَرَكُ لَهُ فِيْهِ ، وَلاَ يَتَصَدَّقُ بِهِ فَيُقْبَلُ مِنْهِ ، وَلاَ يَتْرُكُ خَلْفَ ظَهْرِهِ إِلاَّ كَانَ زَادُهُ إِلَى النَّارِ...

(رواه أحمد)

Yang bermaksud :

"Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan tidak bersedekahlah ia dengannya, dengan harapan ia akan diterima dan tidak pula ia tinggalkannya sebagai harta pusaka (sesudah ia meninggal) melainkan ia sebagai bekalannya ke neraka…."

(Riwayat Ahmad)

Fatwa

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bersetuju bahawa zakat ke atas pendapatan adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat (22 Jun 1997).

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah memutuskan bahawa Zakat Pendapatan adalah wajib (2001).

Nisab Zakat Pendapatan

Kadar zakat sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Amalan ini sesuai dilakukan kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk mata wang / nilai wang.

Pendapatan daripada Sumber yang Haram

Pendapatan yang diperoleh oleh seseorang daripada sumber yang haram seperti wang riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang dizakatkan. Pendapatan-pendapatan dari sumber haram tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri.


 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009