Nisab Semasa RM 14,132.06   

NISAB SEMASA

RM 14,132.06

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

   
KALKULATOR







E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT



 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan


Rukun Islam

Pengertian Adab-Adab Syarat-Syarat
Jenis-Jenis Kaedah Taksiran Kaedah Membayar Asnaf-Asnaf

JENIS-JENIS ZAKAT HARTA

Pendapatan Perniagaan Emas / Perak Wang Simpanan
Tanaman Ternakan Saham Rikaz


ZAKAT PERNIAGAAN

Pengenalan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, penternakan, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama ISLAM atau bukan ISLAM, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

Dalil Wajib Zakat Perniagaan

Maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan ALLAH) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH Maha Kaya lagi sentiasa Terpuji.

( Surah al-Baqarah 267 )

Para Ulama mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan “daripada usaha kamu” di dalam ayat ini ialah usaha-usaha mencari rezeki termasuklah perniagaan.

Sabda Nabi Muhammad SAW  :

Maksudnya :

Dari Samrah bin Jundub telah berkata “ Adalah Rasulullah SAW  telah memerintahkan kami mengeluarkan zakat daripada barang-barang yang kami sediakan untuk dijual”

 ( Riwayat Abu Daud )

Sabda Nabi Muhammad SAW :

Maksudnya :

“Tidak dikumpulkan antara yang bercerai dan tidak dicerai-beraikan antara yang berkumpul, kerana takut kepada sedekah (zakat) dan orang yang mencampurkan haiwan masing-masing (sebagai harta syarikat), penyelesaian antara keduanya dengan dasar nisab.”

Dalil tersebut menunjukkan bahawa semua jenis perniagaan orang ISLAM wajib dikeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya.

Nisab dan Haul Zakat Perniagaan

Nisab zakat perniagaan ialah nilai semasa bagi 85 gram emas

Haul

Haul zakat peniagaan ialah setahun Hijrah bersamaan 354 hari.

Asas-asas Dalam Pengiraan Zakat Perniagaan

            1.         Aset Tetap / Harta Tetap

Ia adalah harta yang dikecualikan daripada zakat. Walau bagaimanapun hasil sampingan atau hasil lain yang diperoleh daripada harta tetap yang produktif (al-mustaghallat) akan juga tertakluk kepada taksiran

            2.         Aset Bukan Semasa / Harta Tak Zahir         

Sijil saham dalam syarikat lain serta surat-surat berharga adalah setaraf dengan harta tetap, jika ia tidak diniatkan untuk diperniagakan. Maka ianya tidak dikenakan zakat.

            3.         Aset Semasa / Harta Semasa

Semua harta lain yang bukan dari harta tetap dan bukan dari harta bukan semasa / harta tak zahir seperti wang tunai, stok barangan niaga dan pelaburan jangka pendek adalah wajib dizakatkan tertakluk kepada taksiran zakat.

            4.         Pelaburan

Pelaburan meliputi pelaburan jangka panjang iaitu bukan aset semasa dalam saham yang diniagakan dan yang tidak diniagakan. Ia dikecualikan daripada taksiran zakat melainkan jika ia memenuhi pengkelasan aset semasa

            5.         Liabiliti Jangka Pendek

Liabiliti Jangka Pendek adalah hutang syarikat atas pembelian barang perniagaan yang perlu dijelaskan seperti si piutang pembekal, tanggungan cukai atau atas tanggungan belanja-belanja operasi. Hanya liabiliti semasa operasi boleh ditolakkan daripada harta semasa bagi maksud taksiran zakat. Liabiliti Kewangan seperti pajakan modal / kewangan, hutang pinjaman dan overdraf dianggap sebagai sumber dan perlu dizakatkan.

            6.         Liabiliti Jangka Panjang

Ia merupakan tanggungan syarikat kepada pihak yang memberi hutang kepada syarikat bagi memperluaskan operasi perniagaan seperti pembelian harta tetap. Ia adalah sebahagian daripada sumber modal yang akan dikenakan zakat.

            7.         Modal dan Dana Pemegang Saham

Ia meliputi modal berbayar, akaun premium, rezab hasil, keuntungan / kerugian terkumpul. Ia dikira sebagai sumber modal perniagaan dan tertakluk kepada zakat. Keuntungan semasa adalah rumusan daripada Penyata Pendapatan dan nilainya diambil kira bagi taksiran zakat.


 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009