Nisab Semasa RM 14,132.06   

NISAB SEMASA

RM 14,132.06

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

   
KALKULATOR







E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT



 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan


Rukun Islam

Pengertian Adab-Adab Syarat-Syarat
Jenis-Jenis Kaedah Taksiran Kaedah Membayar Asnaf-Asnaf

JENIS-JENIS ZAKAT HARTA

Pendapatan Perniagaan Emas / Perak Wang Simpanan
Tanaman Ternakan Saham Rikaz


ZAKAT MAADIN, KUNUZ DAN RIKAZ

Pengenalan

Harta galian, simpanan jahiliah dan harta karun wajib dikeluarkan zakat sama ada yang diperoleh di darat atau di laut, bahan pepejal atau cecair, boleh ditempa atau tidak seperti minyak dan gas.

Apa yang dimaksudkan dengan zakat ma'adin kunuz dan rikaz ialah dalam pengertiannya yang umum, iaitu setiap benda yang dikeluarkan dari perut bumi, sama ada dalam bentuk pepejal dan cecair yang dikenali sebagai galian atau Ma'adan atau dalam bentuk harta yang tertimbus oleh perbuatan manusia atau kejadian alam yang dikenali sebagai perbendaharaan lama atau Kanz. Syaratnya ia mempunyai nilai. Mengikut istilah yang digunakan oleh sesetengah para fuqaha, semuanya ini disebut sebagai Rikaz.

Takrifan Ma’adin / Kunuz dan Rikaz

Ma’adin :

Ma’adin ialah segala galian yang diperoleh dari perut bumi sama beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz :

Kunuz ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun)

Rikaz :

Rikaz ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur Ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

Dalil Wajib Zakat Ma'adin Kunuz dan Rikaz

Firman Allah s.w.t :

وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الأَرْضِ ۖ.... ﴿267

Bermaksud :

"… dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu…"

(surah al-Baqarah 267)

 

Sabda Nabi s.a.w :

وفِي الرِّكَازِ الخُمُسُ

Zakat pada rikaz adalah satu per lima.

(Riwayat al-Nasa’ie)

 

Syarat-syarat Nisab Zakat Ma'adin Kunuz dan Rikaz

Nisab zakat galian ialah apabila 20 misqal bagi emas (85 gram) dan 595 gram bagi perak atau senilai dengannya mengikut harga pasaran semasa nisab emas atau perak.

 

Haul

Zakat Galian tidak disyaratkan cukup haul bahkan wajib dikeluarkan terus sesudah ditapis dan dibersihkan.

 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009