Nisab Semasa RM 10,446.73   

NISAB SEMASA

RM 10,446.73

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

 
KALKULATOR







 
E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT


 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan


Rukun Islam

Pengertian Adab-Adab Syarat-Syarat
Jenis-Jenis Kaedah Taksiran Kaedah Membayar Asnaf-Asnaf

JENIS-JENIS ZAKAT HARTA

Pendapatan Perniagaan Emas / Perak Wang Simpanan
Tanaman Ternakan Saham Rikaz


ZAKAT SAHAM

Pengenalan

Saham adalah wang modal yang dilaburkan dalam perniagaan sesebuah syarikat dan sebagainya. Dalam urusan perniagaan saham, peraturan perniagaan itu dilaksanakan berpandukan kepada harga saham dalam pasaran semasa bukan atas nilai saham asal semasa belian.

Dr. Muhammad Yusof al-Qardhawai dalam bukunya Fiqh Zakat mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi perdagangan khususnya di Bursa Malaysia. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ia mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham koperasi

Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira zakatnya manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.

 

Dalil Wajib Zakat Saham

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

 “Tidak dikumpulkan antara yang bercerai dan tidak dicerai-beraikan antara yang berkumpul, kerana takut kepada sedekah (zakat) dan orang yang mencampurkan haiwan masing-masing (sebagai harta syarikat), penyelesaian antara keduanya dengan dasar nisab”.

 

Nisab Zakat Saham

Nisab zakat saham adalah nilai semasa bagi 85 gram emas. Dikira cukup setahun saham tersebut iaitu berdasarkan kepada harga pasaran saham itu pada hari di mana saham tersebut cukup haul. Jumlah harga saham di permulaan dan di tengah tidak diambil kira dalam menentukan cukup nisab.

 

Haul

Haul saham dikira daripada mula pelaburan dibuat sehingga cukup setahun Hijrah (354 hari). Bagi saham-saham yang tersiar harga di BSKL, haul dikira daripada tarikh seperti mana yang tercatat dalam sijil saham tersebut.

 

Jenis-jenis saham

Saham terbahagi kepada dua iaitu : 

1.         Saham berbentuk simpanan

Contoh              :           Saham Amanah Saham Bumiputera (ASB)

                                    Saham Amanan Saham Nasional (ASN)

                                    Saham Amanah

                                    Sijil Premium

                                    Lain-lain

 

2.         Saham berbentuk Jual beli / Perdagangan

Contoh              :           Saham Telekom Malaysia Berhad (TM)

                                    Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB)

                                    Saham Petronas

                                    Lain-lain

 

Saham-saham yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia

Saham jenis ini tidak mudah dijadikan tunai. Secara praktiknya, zakat hendaklah dikeluarkan atas jumlah dividen yang diterima.

 

Saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki di hujung haul dan saham yang dijual beli sepanjang haul.

Bagi saham-saham yang masih dimiliki selepas cukup haul, maka pengiraan zakat ialah 2.5%. Sekiranya nilai saham lebih rendah daripada kos belian maka gunakan nilai pasaran.

Contoh :

            200 lot saham Syarikat Y x RM 1 =          RM 200,000.00 x 2.5%

            (1 lot bersamaan 1000 unit)                   

Jumlah zakat ialah                                  =          RM 5000

Bagi jual beli saham sepanjang haul maka dikira 2.5% atas nilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak kos pembelian.

 

Contoh :

            Jumlah nilai saham – kos belian

            RM 500,000 – RM 400,000           =          RM 100,000 x 2.5%        = RM 2500

            Jumlah zakat ialah          :          RM 5000 + RM 2500 = RM 7500

Ringkasnya, zakat saham yang masih dalam simpanan dikira antara nilai kos belian atau pasaran mana yang lebih rendah dan zakat atas saham-saham yang dijual beli sepanjang tahun dikira atas keuntungan jual beli saham tersebut.

 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009