Nisab Semasa RM 14,132.06   

NISAB SEMASA

RM 14,132.06

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

   
KALKULATOR







E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT



 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan


Rukun Islam

Pengertian Adab-Adab Syarat-Syarat
Jenis-Jenis Kaedah Taksiran Kaedah Membayar Asnaf-Asnaf

JENIS-JENIS ZAKAT HARTA

Pendapatan Perniagaan Emas / Perak Wang Simpanan
Tanaman Ternakan Saham Rikaz


ZAKAT TERNAKAN

Pengenalan

Zakat binatang ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.

Dalil Wajib Zakat Ternakan

Hadis Nabi s.a.w :

... قِيْلَ يا رسول الله فَالإِبِلُ قَالَ وَلاَ صَاحِبُ إِبِلٍ لاَ يُؤَدِّى مِنْهَا حَقَّهَا وَمِنْ حَقِّهَا حَلَبُهَا يَوْمَ وِرْدِهَا إِلاَّ إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ بُطِحَ لَهَا بِقَاعٍ قَرْقَرٍ أَوْفَرَ مَا كَانَتْ لاَ يَفْقِدُ مِنْهَا فَصِيلا وَاحِدًا تَطَؤُهُ بِأَخْفَافِهَا وَتَعَضُّهُ بِأَفْوَاهِهَا كُلَّمَا مَرَّ عَلَيهِ أُوْلاَهَا رُدَّ عَلَيهِ أُخْرَاهَا فِي يَومٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ فَيَرَى سَبِيلَهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ... قِيلَ يَا رسول الله فَالبَقَرُ وَالغَنَمُ قال وَلاَ صَاحِبُ بَقَرٍ وَلاَ غَنَمٍ لاَ يُؤَدِّى مِنْهَا حَقَّهَا إِلاَّ إِذَا كَانَ يَومُ القِيَامَةِ بُطِحَ لَهَا بِقَاعٍ قَرْقَرٍ لاَ يَفْْقِدُ مِنْهَا شَيْئًا لَيْسَ فِيهَا عَقْصَاءُ وَلاَ جَلْحَاءُ وَلاَ عَضْبَاءُ تَنْطَحُهُ بِقُرُونِهَا وَتَطَؤُهُ بِأَظْلاَفِهَا كُلَّمَا مَرَّ عَلَيهِ أُوْلاَهَا رُدَّ عَلَيهِ أُخْرَاهَا فِي يَومٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ فَيَرَى سَبِيلَهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ...

(رواه مسلم)

Bermaksud :

Sahabat bertanya, "ya Rasulullah, bagaimana dengan zakat unta?" Baginda bersabda, "tiada seorang pemilik unta yang tidak menunaikan haknya dan diantara haknya adalah memerah susunya pada waktu keluarnya melainkan pada hari kiamat kelak, orang itu akan ditelentangkan di tempat yang rata dan datang unta-unta yang paling besar dan gemuk daripada masa di dunia, lalu menginjak-nginjak dengan tapak kakinya dan menggigit dengan giginya yang tajam. Apabila selesai binatang yang pertama, datang pula yang lainnya. Demikianlah hal itu berlangsung setiap hari, yang kadar satu hari di sana (akhirat) sama dengan lima puluh ribu tahun (di dunia). Sehinggalah selesai Allah menghukum hambanya, maka diperlihatkan jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka." Sahabat bertanya lagi, "ya Rasulullah, bagaimana dengan (zakat) lembu dan kambing?" Baginda bersabda, "tiada seorang pemilik lembu dan kambing yang tidak menunaikan haknya (zakat) melainkan pada hari kiamat ditelentangkannya di suatu tempat yang rata dan dipijak-pijak oleh lembu dan kambing itu dengan kuku yang tajam dan ditanduk-tanduk dengan tanduknya. Tiada binatang itu yang tanduknya bengkok, tidak bertanduk dan tanduknya patah. Apabila selesai binatang yang pertama, diikuti pula dengan lainnya setiap hari, yang kadar satu hari di sana (akhirat) sama dengan lima puluh ribu tahun (di dunia) sehinggalah selesai Allah menghukumnya, kemudian diperlihatkan jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka."

(Riwayat Muslim)

Sabda Nabi s.a.w :

... فِي أَرْبَعِينَ شَاةً شَاةٌ...

(رواه ابن ماجه)

Bermaksud :

"…pada empat puluh ekor biri-biri, dikenakan (zakat) seekor.."

(Riwayat Ibnu Majah)

Hadis Nabi s.a.w :

عن معاذ بن جبل قال : بَعَثَنِي رسول الله صلى الله عليه وسلم إِلَى الْيَمَنْ وَأَمَرَنِى أَنْ آخُذَ مِنَ البَقَرِ مِنْ كُلِّ أَرْبَعِينَ مُسِنَّةٌََََ وَمِنْ كُلِّ ثَلاَثِينَ تَبِيعًا أَوْ تَبِيعَةٌ

(رواه أبي داود)

Bermaksud :

Daripada Mu'az bin Jabal, beliau berkata, " Baginda Rasulullah s.a.w telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu musinnah ( lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi' atau tabi'ah (lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun."

(Riwayat Ibnu Majah)

Haul

Haul bagi zakat ternakan ialah setahun hijrah (354 hari)

Binatang Ternakan yang Wajib Dikeluarkan Zakat

  1. Lembu (termasuk kerbau)
  2. Kambing (termasuk biri-biri dan kibas)
  3. Unta

Syarat Zakat Ternakan

1.     Syarat diwajibkan zakat ke atas ternakan ialah "Saaimah" (سائمة) ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas.

 

  1. Binatang-binatang yang dipelihara bagi tujuan membantu kerja seperti lembu yang dipelihara untuk mengangkat barang-barang atau kerbau yang dipelihara untuk membajak sawah, tidak diwajibkan zakat.

 

  1. Nisab hendaklah berkekalan di sepanjang haul.

 

  1. Nisab zakat lembu ialah 30 ekor dan kambing 40 ekor.

 

  1. Tidak dikenakan zakat bagi bilangan yang lebih dari kadar nisab yang pertama tetapi belum sampai kadar yang kedua. Begitulah seterusnya.

 

  1. Ternakan yang diusahakan secara perkongsian mestilah menepati konsep perkongsian yang sebenarnya (Tasarruf dan Risiko)

 

  1. Jika bercampur kambing dan biri-biri serta sejenis dengannya, bolehlah dikeluarkan zakat sama ada dari kambing atau biri-biri.

 

  1. Binatang ternakan lain seperti rusa, itik, ayam, dan lain-lain diletakkan di bawah zakat perniagaan jika diperniagakan.

 

  1. Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau sebagainya. Ini berdasarkan kepada firman ALLAH yang bermaksud : (surah al-Baqarah:267)

“Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat”


 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009