|
ZAKAT WANG SIMPANAN
Pengenalan
Wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan
untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang
sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya
setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa
membeli.
Dalil Wajib Zakat Wang Simpanan
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai
zakat yang akan membersihkan dan menyucikan jiwa dan
harta mereka”
(surah at-Taubah 103)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :
“Tidak diwajibkan zakat pada mata wang yang kurang
daripada 20 misqal dan tidak pula wang perak yang
kurang dari 200 dirham”
(Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tarmizi)
Nisab Zakat Wang Simpanan
Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai
semasa bagi nisab emas 20 misqal (85 gram) atau
perak (595 gram).
Haul
Haul bagi zakat wang simpanan apabila tersimpan
selama setahun Hijrah (354/355 hari)
Jenis-jenis Wang Simpanan
a) Wang simpanan di rumah / di tangan
b) Wang simpanan di bank
c) Saham / Saham Amanah
d) Insurans
e) Sijil-sijil Premium
WANG SIMPANAN KWSP DAN SEUMPAMANYA
Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga
Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau seumpamanya
wajib dizakatkan apabila telah cukup syarat-syaratnya.
Zakat wajib dikeluarkan serta-merta apabila pencarum
mengeluarkan wang tersebut (sama ada ketika bersara, membeli rumah
dan sebagainya) dan jumlah pengeluaran tersebut mencapai atau melebihi nisab.
Nisab Zakat Wang Simpanan KWSP dan Seumpamanya
Nisab zakat wang simpanan KWSP dan seumpamanya ialah
nilai semasa bagi 85 gram emas.
Haul
Permulaan tarikh haul diambil kira apabila cukup
nisab dari jumlah simpanan yang dicarum.
Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan KWSP dan
Seumpamanya
Zakat Wang Simpanan KWSP dan seumpamanya wajib
dikeluarkan dengan kadar 2.5% apabila dikeluarkan
melalui pelbagai skim pengeluaran yang disediakan
atau mengeluarkan sebahagian daripada caruman
tersebut.
Antara skim pengeluaran yang disediakan oleh KWSP
ialah :
1. Skim Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
2. Skim Pengeluaran Mengurangkan /
Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
3. Skim Pengeluaran Pendidikan
4. Skim Pengeluaran Kesihatan
5. Skim Pengeluaran Pekerjaan Berpencen
(SPPB)
6. Skim Pengeluaran Persaraan Pilihan (SPP)
7. Skim Pengeluaran Mencapai Umur 50 tahun
8. Skim Pengeluaran Mencapai Umur 55 tahun
9. Skim Pengeluaran Hilang Upaya
10. Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara
11. Skim Pengeluaran Kematian
Contoh Pengiraan :
Seseorang yang mengeluarkan sebahagian wang
carumannya sebanyak RM 10,000.
Wang caruman : RM 10,000
Kadar zakat :
2.5%
Zakat yang dikenakan : RM
10,000 x 2.5% = RM 250
|