|
PENGERTIAN ZAKAT
DARI SEGI BAHASA :
Zakat bererti ”BERSIH” , ”SUCI” , ”SUBUR”, ”BERKAT”
dan ”BERKEMBANG”.
Pengertian ”BERSIH” dan ”SUCI” dalam istilah zakat
ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang
kaya daripada sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti
kata yang lain ialah membersihkan diri daripada
sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian
harta tertentu diberikan kepada golongan-golongan
yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang
tertentu.
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Hikmah dan tujuan ALLAH mensyariatkan zakat
antaranya ialah :
1.
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan
daripada golongan yang berada kepada golongan yang
kurang berada.
2.
Membersihkan diri pembayar zakat.
3.
Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar
zakat.
4.
Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat
yang dikurniakan oleh ALLAH di kalangan golongan
yang berada.
5.
Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan
orang yang kurang bernasib baik.
6.
Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan
ALLAH di samping perhubungan antara manusia dengan
manusia.
7.
Memberikan peluang kepada golongan hartawan
untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat
daripada harta mereka.
8.
Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat
ISLAM dalam urusan ekonomi dan kewangan.
9.
Memberikan masyarakat satu cara mengurus
ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH.
10.
Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam
hati dan jiwa pembayar zakat. |