Nisab Semasa RM 11,010.09   

NISAB SEMASA

RM 11,010.09

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

 
KALKULATOR







 
E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT


 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan


Rukun Islam

Pengertian Adab-Adab Syarat-Syarat
Jenis-Jenis Kaedah Taksiran Kaedah Membayar Asnaf-Asnaf

ZAKAT DALAM RUKUN ISLAM

Zakat adalah salah satu asas bina ISLAM yang lima. Kepentingan zakat dalam ISLAM digambarkan melalui kedudukannya yang merupakan rukun ISLAM yang ketiga iaitu sesudah mengucapkan dua kalimah syahadah dan mendirikan solat.

Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
ISLAM dibina di atas lima asas : menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan bahawa Nabi Muhammad pesuruh ALLAH, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji bagi sesiapa yang berkuasa melaksanakannya. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Perkataan zakat dalam bentuk ma’rifah (definisi) telah disebut di dalam al-Quran sebanyak 30 kali, antaranya 27 kali disebut bersama perkataan solat dalam satu ayat. Terdapat 8 kali disebut di dalam surah-surah yang diturunkan di Makkah dan yang selebihnya telah disebut pada surah-surah yang diturunkan di Madinah.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat, dan setiap pekerjaan baik yang kami kerjakan untuk diri mu nescaya akan kami dapati kembali nanti di sisi Tuhan dan sesungguhnya Tuhan  Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (110 : al-Baqarah)

ALLAH telah berfirman dalam menyifatkan hamba-hambaNya yang mukmin :
Maksudnya : Mereka yang mengerjakan solat dan membelanjakan setengah dari rezeki yang kami berikan kepada mereka, mereka itu lah orang-orang yang sebenarnya beriman. (3-4 : al-Anfal)

Hadis Nabi Muhammad SAW menegaskan bahawa sesiapa yang tidak menunaikan zakat hartanya, tidak boleh dianggap seorang mukmin yang sebenar:
Maksudnya : Barang siapa yang beriman dengan ALLAH dan Hari Kiamat, maka hendaklah ia menunaikan zakat hartanya.

Dan ketahuilah juga bahawa orang yang solat, berpuasa dan telah menunaikan hajinya, tetapi belum mengeluarkan zakat, nescaya ALLAH tidak akan menerima solatnya dan puasanya serta hajinya sehingga ia mengeluarkan zakat sebab semua perkara-perkara ini adalah bertalian satu dengan lain. ALLAH tidak akan menerima dari hambaNya setengah ibadahnya sehingga ia sempurnakan kesemuanya.


 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009