|
ZAKAT PERNIAGAAN
Kaedah Pengiraan Zakat
1. Pilihan Kaedah
Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan
iaitu :
i) Kaedah Modal Berkembang
atau Ur’fiyyah
Kaedah ini dinamakan “growth model”. Ia mengambil
kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut ,
sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat
pelarasan sama ada di campur atau sebaliknya. Dalam
istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampurkan
dengan keuntungan.
Ekuiti pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset
Tetap – Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta
Perniagaan Yang Dikenakan Zakat.
ii) Kaedah Modal Kerja atau
Syar’iyyah
Kaedah ini dikenali dengan nama Model Modal Kerja.
Ia mengambil kira kedudukan aset semasa perniagaan,
ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan
dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang
berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira.
Pelarasan ini dibuat sama ada dengan mencampurkan
item-item yang telah dikenal pasti perlu ditambah
atau dibuat tolakan.
Harta Semasa – Tanggungan Semasa +/- Pelarasan =
Harta Perniagaan Yang dikenakan zakat.
2. Perbezaan kedua-dua kaedah
Perbezaan kedua-dua kaedah ini adalah dari segi
pendekatan sahaja kerana ia berasaskan kepada
persamaan perakaunan yang seimbang ( sebelum
mengambil kira pelarasan ) seperti berikut :
Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset
Tetap – Aset Bukan Semasa = Aset Semasa – Liabiliti
Semasa. |