|
ZAKAT WANG SIMPANAN
Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan
Pada dasarnya wang bermaksud "wang yang disimpan di
dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan
semasa, saham, saham amanah serta lain-lain bentuk
simpanan". Zakat dikenakan atas jumlah baki terendah
yang sudah cukup nisab dan haul.
Jadual
1 : Contoh Akaun Konvensional
|
TARIKH |
MASUK |
KELUAR |
BAKI |
|
|
(RM) |
(RM) |
(RM) |
|
01/01/** |
20,000 |
|
20,000 |
|
23/01/** |
|
2,000 |
18,000 |
|
30/05/** |
|
3,000 |
15,000 |
|
10/07/** |
Faedah 200 |
|
15,200 |
|
12/08/** |
|
1,000 |
14,200 |
|
11/11/** |
|
2,000 |
12,200* |
|
31/12/** |
1000 |
|
13,200 |
* Baki terendah
Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 12,200. ia
telah melebihi nisab (RM 7,681.32) dan genap
setahun. Baki terendah diambil sebagai asas
pengiraan zakat kerana ia merupakan jumlah yang
tetap ada dalam simpanan sepanjang setahun (haul).
Walau bagaimanapun, wang sebanyak RM 12,200 ini
termasuk wang faedah. Oleh yang demikian, wang
faedah perlu ditolak daripada baki terendah tersebut
sebelum dikira zakatnya.
Cara Pengiraannya
Tahun Haul : 1 Muharram
– 30 Zulhijjah
Nisab (contoh) : RM 7,681.32
(mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah : RM 12,200 –
RM 200 (faedah) = RM 12,000
Kadar Zakat : 2.5%
Zakat yang Dikenakan : RM 12,000 x 2.5% = RM
300
Jadual 2 : Contoh Akaun Wadiah
|
TARIKH |
MASUK |
KELUAR |
BAKI |
|
|
(RM) |
(RM) |
(RM) |
|
01/01/** |
20,000 |
|
20,000 |
|
23/01/** |
|
2,000 |
18,000 |
|
30/05/** |
|
3,000 |
15,000 |
|
10/07/** |
Hibah 200 |
|
15,200 |
|
12/08/** |
|
1,000 |
14,200 |
|
11/11/** |
|
2,000 |
12,200* |
|
31/12/** |
1000 |
|
13,200 |
* Baki terendah
Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 12,200. ia
telah melebihi nisab (RM 7,681.32) dan genap
setahun. Baki terendah diambil sebagai asas
pengiraan zakat kerana ia merupakan jumlah yang
tetap ada dalam simpanan sepanjang setahun (haul).
Wang sebanyak RM 12,200 ini termasuk di dalamnya
pemberian hibah (hadiah dalam bentuk wang yang
diterima oleh penyimpan terhadap wang yang disimpan
setelah pihak bank menjalankan perniagaannya dalam
dalam tempoh setahun).
Cara Pengiraannya
Tahun Haul : 1 Muharram
– 30 Zulhijjah
Nisab (contoh) : RM 7,681.32
(mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah : RM 12,200
(termasuk hibah)
Kadar Zakat : 2.5%
Zakat yang Dikenakan : RM 12,200 x 2.5% = RM
305
Jadual 3 : Contoh Pengiraan Pelbagai Buku Akaun
Simpanan
Sekiranya seseorang penyimpan mempunyai banyak akaun
simpanan di dalam bank atau mana-mana institusi
kewangan, satu tempoh haul yang sesuai mestilah
ditentukan. Kemudian diambil baki terendah kesemua
buku akaun simpanan dan sekiranya melebihi nisab
maka hendaklah dikenakan zakat.
Cara Pengiraannya
Tahun Haul : 1 Muharram
– 30 Zulhijjah
Nisab (contoh) : RM 7,681.32
(mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah : Buku
1 : RM 4,000
Buku
2 : RM 1,000
Buku
3 : RM 15,000
Jumlah baki terendah ketiga-tiga buku :
RM 20,000
Zakat yang Dikenakan : RM 20,000 x 2.5% = RM
500
Jadual 4 : Contoh Pengiraan Zakat Simpanan Tetap
Bagi akaun simpanan tetap, zakat dikenakan ke atas
nilaian simpanan yang disimpan dalam jangka masa
setahun atau lebih.
Contoh Kiraan Simpanan Tetap* :
|
TARIKH |
UNIT MASUK |
HARGA SEUNIT |
JUMLAH |
BAKI UNIT |
|
URUS NIAGA |
(RM) |
(RM) |
(RM) |
(RM) |
|
|
|
|
|
|
|
01/01/2003 |
20,000 |
1.00 |
20,000.00 |
20,000.00 |
|
01/01/2004 |
700 |
0.94 |
658.00 |
20,700.00 |
|
01/01/2005 |
1,200 |
0.92 |
1,104.00 |
21,900.00 |
|
01/01/2006 |
500 |
0.60 |
300.00 |
22,400.00 |
|
01/01/2007 |
350 |
0.52 |
182.00 |
22,750.00 |
|
01/01/2008 |
950 |
0.77 |
731.50 |
23,700.00 |
Zakat atas pelaburan yang dibuat dalam akaun amanah
mahupun akaun simpanan tetap di sesebuah institusi
perbankan atau syarikat pengurusan amanah dikenakan
ke atas jumlah nilaian simpanan/pelaburan setelah
cukup nisab dan haulnya.
Cara Pengiraannya
:
|
TARIKH |
NILAI SIMPANAN |
KADAR ZAKAT |
ZAKAT YANG DIKENAKAN |
|
|
|
(%) |
(RM) |
|
2003 |
20,000 x 1.00 |
2.5 |
500.00 |
|
2004 |
20,700 x 0.94 |
2.5 |
486.45 |
|
2005 |
21,900 x 0.92 |
2.5 |
503.70 |
|
2006 |
22,400 x 0.60 |
2.5 |
336.00 |
|
2007 |
22,750 x 0.52 |
2.5 |
295.75 |
|
2008 |
23,700 x 0.77 |
2.5 |
456.22 |
* Nota : Contoh Kiraan Simpanan Tetap adalah
sama dengan Kiraan Simpanan Mudharabah. |