Chenor, 16 Jun 2009 bersamaan 22 Jamadilakhir 1430H; Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) telah mengagihkan bantuan zakat sempena Majlis Penyerahan dan Agihan Zakat Siri 04/2009 yang diadakan bertempat di Dewan Usahawan Tani, Daerah Chenor.
Maklumat bantuan zakat adalah seperti berikut :
- Bantuan Bulanan (7 orang, April hingga Jun)
- Bantuan Geran Tahunan 4 buah Sekolah Agama Rakyat RM57,900
- Sumbangan Peralatan Surau PLKN RM4,500
- Sumbangan Kursus Pengurusan Jenazah Masjid RTP Kg Awah RM1,500
- Sumbangan Hamper kepada 16 orang Ketua Keluarga Saudara Baru Orang Asli
- Sumbangan Kelengkapan Peralatan Sekolah 10 orang pelajar RM500
- Sumbangan kepada Ibu angkat saudara baru orang Asli RM300
Pada majlis yang sama, Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) berjumlah RM653,323.76 yang diserahkan oleh Ybhg Tuan Haji Azman bin Mohd, Naib Presiden TNB disaksikan oleh YH Dato Haji Muhamad Rumai bin Puteh Abdullah, Pengurus Besar Negeri, Tenaga Nasional Berhad.


Disediakan Oleh, Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
Sumber : MUIP
|