Kuantan, 12 Julai 2009 bersamaan 19 Rejab 1430H; Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) telah mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM 925,715.00 sempena Majlis Penyerahan dan Agihan Zakat Siri 05/2009 yang diadakan bertempat di Kuantan Parade Kuantan sempena Karnival Zakat 2009. Maklumat bantuan zakat adalah seperti berikut :
Bantuan Am Ramadhan Masjid Negeri Pahang 1430H / 2009M RM 598,000.00 Sumbangan Sebuah Lori berserta Kelengkapan Audio Visual Untuk Program Dakwah Di Negeri Pahang Kepada Jabatan Agama Islam Pahang ( JAIP ) RM 117,000.00 Sumbangan Dua (2) Buah Mesin Hemodialisis Kepada Hospital Daerah Raub RM90,000.00 Sumbangan Sebuah Van Jenazah Nissan Vanette Kepada DiC Pahang RM 46,000.00 Sumbangan Aktiviti Dakwah Kepada Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Bahagian Pahang RM 30,000.00 Sumbangan Kursus Bahasa Arab Modul Buku Teks Al-Arabiyyah Lil Alam Al-Diwan Kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) RM 20,712.00 Bantuan Projek Mencuci Kereta Kepada DiC Pahang RM 24,000.00
YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah menyampaikan sumbangan dan bantuan zakat pada majlis yang diadakan.


Disediakan Oleh: MUHAMMAD HAFIDZ BIN ABDUL HALIM Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
Sumber: MUIP
|