Pengarah JAIP mewakili Briged Penceramah Masjid dan yuran pelajar Sekolah Agama Negeri masing masing menerima RM1.14 Juta dan RM970,500.

Tabung kebajikan Perubatan Malaysia dan Masjid Batu Balai, Jerantut masing-masing menerima RM150,000

Tabung Kebajikan Pelajar KIPSAS dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang masing-masing menerima sebanyak RM100,000

Kuantan, 16 Mac 2010 bersamaan 01 Rabiulakhir 1431H; Enam pihak telah menerima sumbangan zakat untuk pelbagai program iaitu sumbangan untuk program Briged Penceramah Masjid Negeri, yuran persekolahan pelajar Sekolah Agama Negeri, Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Cawangan Pahang, Tabung Kebajikan Pelajar Kipsas, Maahad Tahfiz Negeri dan baik pulih masjid Batu Balai dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM2.61 juta. Berikut adalah pecahannya,
- Briged Penceramah Masjid Negeri Pahang (RM 1,140,000.00)
- Bantuan Yuran Persekolahan Pelajar Sekolah Agama Negeri (RM970,500.00)
- Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Cawangan Pahang (RM100,000.00)
- Tabung Kebajikan Pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (RM100,000.00)
- Maahad Tahfiz Negeri Pahang (RM100,000.00)
- Bantuan Baikpulih Masjid Batu Balai, Jerantut (RM150,000.00)
Agihan tersebut telah disempurnakan oleh Tuanku Yang Dipertua MUIP, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang pada majlis serahan dan agihan zakat sempena Seminar Pensyariatan Zakat bertempat di Dewan Utama KIPSAS di Kuantan, Pahang
Pada majlis yang sama juga, baginda turut menerima 5,000 naskhah al-Quran wakaf daripada Percetakan Saufi untuk di agih ke masjid dan sekolah-sekolah agama di seluruh negeri hasil wakaf orang ramai.
Lagi berita di Utusan Online, Tengku Mahkota tegur tidak bayar zakat melalui MUIP
|