Nisab Semasa RM 10,446.73   

NISAB SEMASA

RM 10,446.73

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

 
KALKULATOR







 
E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT


 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan

| Kembali | Arkib Berita Zakat |

PAHANG TERUS JUARA
14 Jun 2010
 

Kuala Lumpur, 14 Jun 2010 bersamaan 01 Rejab 1431H; Pusat Kutipan Zakat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (PKZ) sekali lagi telah membuat kejutan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Pusat Zakat Negeri-Negeri iaitu Zakat Cup untuk kali keempat. Kejohanan yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPZ) yang berlangsung selama dua hari ini bertempat di Stadium  Badminton Cheras disertai oleh 12 pasukan termasuk pasukan jemputan dari negara jiran iaitu Dompet Dhuafa, Indonesia.

 

Kejohanan Zakat Cup pada tahun ini adalah anjuran kali keenam berlangsung dengan dua kategori iaitu terbuka (berpasukan) dan pengurusan (VIP). PKZ Pahang telah menjuarai kategori terbuka dan pengurusan melalui pasangan yang diterajui oleh Haji Halidan bin Md Daud (Pengurus Besar) dan gandingannya Ustaz Mohd Asri bin Hj Awang (Pengurus PKZ Cawangan, Temerloh). Manakala peserta acara perseorangan kategori pengurusan PKZ berjaya menduduki tempat ketiga yang dimenangi oleh Ustaz Felza Zurrafaaee bin Abdul Hamid (Pegawai Dakwah PKZ). Kemenangan kategori terbuka (berpasukan) Badminton PKZ Pahang untuk kejohanan kali ini telah diperoleh melalui perseorangan pertama iaitu En Mohd Ezani bin Mohd Kassim, beregu utama En Zafridan Md Daud dan En Zainal bin Man dan juga regu kedua iaitu En Wan Mohd Napi bin Wan Sulaiman bersama gandingannya, En Jamari bin Abd Hamid.

 

Semoga dengan kemenangan ini, akan menjadi satu semangat yang berterusan kepada warga PKZ Pahang untuk terus berusaha meningkatkan daya saing melalui kerjaya dan juga sukan khususnya bagi manfaat asnaf zakat di negeri Pahang secara keseluruhannya.

 

Laluan pasukan badminton PKZ Pahang

 

PKZ pahang berjaya menjuarai kumpulan B setelah menewaskan PUZ Pulau Pinang dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan agregat 5-0.

 

Peringkat suku akhir PKZ Pahang berjaya menewaskan Pusat Zakat Negeri Sembilan dengan agregat 3-1. Manakala di peringkat separuh akhir PKZ menewaskan Dompet Dhuafa, Indonesia 3-1, dan seterusnya di perlawanan akhir mengalahkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan agregat 3-1.

Disediakan oleh,

Us Mohd Azmi bin Haji Othman

Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat

Pusat Kutipan Zakat Pahang

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

 


| Kembali | Arkib Berita Zakat |

 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009