Nisab Semasa RM 10,446.73   

NISAB SEMASA

RM 10,446.73

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

 
KALKULATOR







 
E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT


 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan

| Kembali | Arkib Berita Zakat |

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PPZ
21 Jun 2010
 

Kuantan 21 Jun 2010 bersamaan 08 Rejab 1431H; Kejohanan Badminton Zakat Cup di antara pusat zakat negeri-negeri pada 12 dan 13 Jun 2010 telah diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, telah berlangsung dengan meriah dan lancar. Kejohanan ini adalah kali yang ke enam yang kesemuanya dianjurkan oleh PPZ Wilayah Persekutuan.

 

Selaku penganjur dan tuan rumah, PPZ Wilayah telah menampilkan jaguh badminton negara iaitu saudara Razif Bin Dato Hj Mohd Sidek. Kehadiran Razif membuat undian kepada 12 pasukan yang bertanding ini telah membangkitkan semangat juang pasukan yang bertanding. Kejohanan kali ini juga amat istimewa dengan kehadiran pasukan jemputan dari negara jiran iaitu pasukan Dompet Dhuafa dari Indonesia. Selain dari itu, pasukan Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) dan pasukan dari Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji (JAWHAR) turut memeriahkan lagi kejohanan.Bagi pasukan PKZ Pahang, kejohanan kali ini mempunyai dua keistimewaan.

 

Pertamanya, pihak penganjur (PPZ) telah bermurah hati menghadiahkan piala kejohanan yang pertama secara kekal kepada pasukan Pahang kerana telah memenangi kejohanan sebanyak tiga kali dari lima kejohanan yang diadakan sebelum ini. Pasukan PKZ Pahang telah menjadi juara pada tahun 2002, 2003 dan 2006.

Keistimewaan kedua ialah pasukan PKZ Pahang telah sekali lagi berjaya merangkul kemenangan kali keempat pada kejohanan ini dengan membawa pulang piala yang baru diadakan. Pasukan PKZ Pahang telah mengalahkan pasukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada perlawanan akhir dengan kemenangan 3-1.


Piala Pusingan sebelah kiri (2002-2006)mutlak menjadi milik PKZ yang telah di menangi sebanyak 3 kali (2002,2003,2006) dan kedah 2 kali (2004,2005). Sebelah ialah Piala Pusingan yang baru untuk dipertandingkan bermula 2010 yang turut dimenangi PKZ

PKZ Pahang merakamkan setinggi penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada PPZ Wilayah Persekutuan di atas kejayaan menganjurkan kejohanan Zakat Cup dengan jaya dan amat lancar. Semoga usaha dan matlamat untuk merapatkan ukhuwah dan muafakat di kalangan pusat zakat negeri-negeri oleh PPZ ini diberi sebaik-baik ganjaran di sisi Allah S.W.T. SYABAS PPZ.

 

Disediakan oleh,

Us Mohd Azmi bin Haji Othman

Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat

Pusat Kutipan Zakat Pahang

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

 


| Kembali | Arkib Berita Zakat |

 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009