Kuantan, 26 Julai 2010 bersamaan 14 Syaaban 1431 Hijriyyah; Mulai Jun hingga Disember 2010, penekanan kempen zakat akan beralih kepada segmen zakat penghasilan dengan tumpuan utama kepada peneroka dan juga zakat ternakan. Salah satu usaha bagi menjayakan segmen ke tiga ini adalah melalui Skuad Al-Waidz. Skuad ini akan melakukan gerak gempur ke masjid-masjid dan surau di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti melalui penglibatan GPW dan JKKK setempat untuk menyampaikan kuliah maghrib.
Pada tahun ini, tumpuan kempen zakat ternakan akan terus digiatkan kerana ianya amat berpotensi berdasarkan kepada rekod bayaran zakat ternakan yang ada di PKZ. Merujuk kepada rekod kutipan zakat ternakan pada tahun 2009, terdapat seramai 108 orang telah melaksanakan tanggungjawab mereka menunaikan zakat. Daripada jumlah tersebut hanya 19 orang membayar zakat kambing/biri dan 89 orang membayar zakat lembu/kerbau.
Namun pada tahun ini, sehingga 25 Julai 2010, hanya 9 orang penternak kambing/biri dan 30 penternak lembu/kerbau yang telah membuat bayaran zakat dengan jumlah terkumpul RM50,649.00 sahaja.
Oleh yang demikan, menjelang bulan Ramadhan 1431hijriyyah ini, adalah diharapkan agar lebih ramai lagi penternak tampil untuk melunaskan zakat ternakan mereka.

Disediakan Oleh,
Us Mohd Azmi bin Hj Othman
Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang
Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Statistik Pembayar Zakat Ternakan Mengikut Daerah 2010 sehingga 26 Julai 2010
|
DAERAH |
LEMBU/
KERBAU |
BIRI-BIRI/
KAMBING |
JUMLAH |
|
Kuantan |
5 |
2 |
7 |
|
Pekan |
3 |
0 |
3 |
|
Rompin |
1 |
0 |
1 |
|
Muadzam |
3 |
1 |
4 |
|
Temerloh |
1 |
1 |
2 |
|
Maran |
0 |
0 |
0 |
|
Jerantut |
5 |
2 |
7 |
|
Jengka |
1 |
1 |
2 |
|
Chenor |
0 |
0 |
0 |
|
Bera |
4 |
1 |
5 |
|
Raub |
5 |
0 |
5 |
|
Bentong |
1 |
1 |
2 |
|
Kuala Lipis |
1 |
0 |
1 |
|
C.Highlands |
0 |
0 |
0 |
|
JUMLAH |
30 |
9 |
39 |
|