Nisab Semasa RM 14,132.06   

NISAB SEMASA

RM 14,132.06

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

   
KALKULATOR







E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT



 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan


PENGENALAN

Penaksir Sah Zakat (PESAZA) merupakan satu kumpulan perunding percukaian, juruaudit, dan setiausaha syarikat  yang mempunyai ikatan kerjasama dengan PKZ dalam membantu membuat taksiran zakat perniagaan. Oleh itu, ahli PESAZA bukan sahaja mampu mengendalikan urusan percukaian, audit dan kerja-kerja kesetiausahaan, malah mereka juga boleh membuat taksiran dan urusan secara langsung dengan PKZ bagi pihak pelanggan mereka. Dengan kepakaran kumpulan ini dalam bidang percukaian dan perakaunan, mereka boleh menyampaikan maklumat berkaitan  percukaian dan zakat dengan ilmiah dan teknikal kepada usahawan Islam di negeri Pahang yang menggunakan perkhidmatan mereka. Harapan Pusat Kutipan Zakat Pahang agar dengan kerjasama ini, akan dapat memacu kepada peningkatan kutipan zakat setiap tahun.

OBJEKTIF

v  Menyediakan kemudahan kepada usahawan Islam mendapatkan perkhidmatan taksiran zakat melalui perunding percukaian, juruaudit dan setiausaha syarikat mereka sendiri.

v   Sebagai usaha untuk meningkatkan kutipan zakat di negeri Pahang.

v  Memberi peluang kepada usahawan Islam mendapatkan input ilmiah dari segi hubungkait cukai dan zakat melalui perunding percukaian mereka sendiri.

SARANAN

v  Usahawan Islam seharusnya menggunakan perkhidmatan perunding percukaian dan juruaudit yang telah dilantik sebagai Penaksir Sah Zakat ( PESAZA kerana firma mereka telah diberi latihan dan tunjuk ajar dalam kaedah taksiran zakat perniagaan yang menjadi amalan seluruh pusat zakat     negeri-negeri.

v  Boleh menjimatkan masa dan kewangan kerana taksiran zakat perniagaan ini boleh dibuatbersama-sama penyata kewangan anda dan ia adalah percuma.


Senarai Penaksir Sah Zakat Di :

 

 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009