|
JENIS-JENIS ZAKAT SERTA PEMBAHAGIANNYA (Bahagian Kedua
–Zakat Ternakan)
Disusun Oleh :
Us.
Felza zulrrafaaee b. Abd Hamid
Pegawai Penerangan dan Dakwah
PUSAT
KUTIPAN ZAKAT PAHANG
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
rafaaee@zakatpahang.my
www.zakatpahang.my
SIRI KELAPAN BELAS
JENIS-JENIS ZAKAT HARTA
1.
Zakat Ternakan ( Lembu/Kerbau/Kambing/Biri-biri)
2.
Zakat Emas Dan Perak
3.
Zakat Wang Simpanan
4.
Zakat Tanaman (Padi)
5.
Zakat Perniagaan
6.
Zakat Rikaz dan Ma’adin
7.
Zakat al-Mal al-Mustafad (pendapatan/penghasilan dan
seumpamanya)
8.
Zakat Saham
ZAKAT TERNAKAN
Kekuasaan Allah SWT dalam penciptaan makhlukNya sebahagiannya tergambar
melalui penciptaan binatang di muka bumi ini. Dunia binatang amat luas sekali
tetapi hanya sebahagian kecil sahaja dari dunia binatang ini dapat dimanfaatkan
oleh manusia. Yang paling berguna adalah binatang-binatang ternak yang
diistilahkan dalam bahasa Arab al-An’am adalah binatang-binatang ternak yang
diistilahkan dalam bahasa Arab sebagai
al-An’am iaitu unta, lembu termasuk kerbau, kambing dan biri-biri.
Binatang-binatang ternak ini semuanya diciptakan Allah SWT untuk kepentingan
manusia antara lainnya untuk ditunggangi sebagai kenderaan, dimakan dagingnya,
diminum susunya dan diambil bulu dan kulitnya. Dengan disebabkan
kepentingan-kepentingan di atas, Allah SWT meminta para pemilik binatang ini
supaya bersyukur atas nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka.
Firman Allah SWT di dalam surah Yaasin ayat 71 hingga 73 yang bermaksud :
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah
menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk
yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya
menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan. Dan
mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga
beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
Merealisasikan konsep syukur tersebut sesuai dengan tuntutan al-Quran dan
Hadis Nabi saw adalah melalui zakat berserta syarat-syarat yang telah ditetapkan
syarak, ganjaran serta ancaman seksaan di dunia dan akhirat bagi orang yang
tidak mahu mengeluarkan zakat.
DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN
Hadis
Nabi saw yang bermaksud :
Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana dengan zakat unta?" Baginda bersabda,
"tiada seorang pemilik unta yang tidak menunaikan haknya dan di antara haknya
adalah memerah susunya pada waktu keluarnya melainkan pada hari kiamat kelak,
orang itu akan ditelentangkan di tempat yang rata dan datang unta-unta yang
paling besar dan gemuk daripada masa di dunia, lalu menginjak-injaknya dengan
tapak kakinya dan menggigit dengan giginya yang tajam. Apabila selesai binatang
yang pertama, datang pula yang lainnya. Demikianlah hal itu berlangsung setiap
hari, yang kadar satu hari di sana (akhirat) sama dengan lima puluh ribu tahun (di
dunia). Sehinggalah selesai Allah menghukum hambanya, maka diperlihatkan
jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka." Sahabat bertanya lagi, "Ya
Rasulullah, bagaimana dengan (zakat) lembu dan kambing?" Baginda bersabda, "tiada
seorang pemilik lembu dan kambing yang tidak menunaikan haknya (zakat) melainkan
pada hari kiamat ditelentangkannya di suatu tempat yang rata dan dipijak-pijak
oleh lembu dan kambing itu dengan kuku yang tajam dan ditanduk-tanduk dengan
tanduknya. Tiada binatang itu yang tanduknya bengkok, tidak bertanduk dan
tanduknya patah. Apabila selesai binatang yang pertama, diikuti pula dengan
lainnya setiap hari, yang kadar satu hari di sana (akhirat) sama dengan lima
puluh ribu tahun (di dunia) sehinggalah selesai Allah menghukumnya, kemudian
diperlihatkan jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka."
(Riwayat Muslim)
Hadis
Nabi s.a.w dari Abu Zhar berkata
yang bermaksud :
"Seseorang tuan unta atau lembu atau kambing yang tidak mengeluarkan zakatnya,
maka unta atau lembu atau kambing itu akan datang pada hari kiamat dalam bentuk
yang sangat besar dan amat gemuk dan ia menanduk tuannya serta memijaknya.
Apabila yang terakhir telah berbuat demikian, datang semula yang awal, dan
keadaan ini berterusan sehinggalah dia menyelesaikan segala apa yang ada di
antaranya dengan manusia".
-Muttafaqun 'alaih-
NISAB DAN KADAR ZAKAT TERNAKAN
Hadis
Nabi saw yang bermaksud :
"…pada
empat puluh ekor biri-biri, dikenakan (zakat) seekor.."
(Riwayat Ibnu Majah)
Hadis
Nabi saw yang bermaksud :
Daripada Mu'az bin Jabal, beliau berkata, " Baginda Rasulullah s.a.w telah
mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu,
satu ekor lembu musinnah (lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan dari
tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi' atau tabi'ah (lembu jantan atau betina yang
mencapai umur 2 tahun)."
(Riwayat Ibnu Majah)
SYARAT–SYARAT ZAKAT TERNAKAN
SAMPAI NISAB
Syarat pertama bagi zakat ternakan ini ialah sampai nisab iaitu mencapai
kuantiti tertentu yang telah ditetapkan hukum syarak.
CUKUP HAWL (telah dimiliki satu tahun)
Nisab hendaklah berkekalan di sepanjang haul.
SAIMAH (digembala)
Syarat diwajibkan zakat ke atas ternakan ialah "Saimah" ertinya
binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas. Tujuan di gembala
adalah untuk memperoleh susu,pembiakan dan dagingnya. Syaratnya ialah binatang
itu di gembala di kawasan penggembalaan pada sebahagian besar hari-hari dalam
setahun. Hukum sebagai binatang gembalaan tidak gugur sekalipun hanya dilepaskan
di kawasan padang ragut dalam beberapa ketika sahaja dalam setahun disebabkan
tiada padang ragut atau hanya sedikit saja rumput di padang ragut.
Binatang-binatang yang dipelihara bagi tujuan membantu kerja seperti lembu yang
dipelihara untuk mengangkat barang-barang atau kerbau yang dipelihara untuk
membajak sawah, tidak diwajibkan zakat.
DALIL YANG MENUNJUKKAN BILANGAN ATAU KIRAAN DALAM
MENENTUKAN ZAKAT YANG HARUS DIKELUARKAN BAGI ZAKAT TERNAKAN
1.
Unta
Hadis
Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Pada unta yang tidak sampai 5 ekor tidak
diwajibkan zakat".
-Muttafaqun 'alaih-
2.
LEMBU ATAU KERBAU
Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :
Daripada Mu'az bin Jabal, beliau berkata, " Baginda Rasulullah s.a.w telah
mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu,
satu ekor lembu musinnah (lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan dari
tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi' atau tabi'ah (lembu jantan atau betina yang
mencapai umur 2 tahun)."
(Riwayat Ibnu Majah)
3.
KAMBING ATAU
BIRI-BIRI
Hadis
Nabi s.a.w yang bermaksud :
Dari Anas , "zakat kambing yang ternak di padang rumput apabila bilangannya dari
40 ekor hingga 120 ekor, maka zakatnya 1 ekor. Apabila bertambah dari 120 ekor
hingga 200 ekor maka zakatnya 2 ekor. Dan apabila bertambah dari 200 ekor hingga
300 ekor, maka zakatnya 3 ekor. Dan apabila bertambah dari 300 ekor (ke atas)
maka tiap-tiap 100 ekor zakatnya seekor."
(Bersambung pada siri yang akan datang)
|