|
JENIS-JENIS ZAKAT SERTA PEMBAHAGIANNYA (Bahagian Ketiga –Zakat Ternakan)
Disusun Oleh :
Us. Felza zulrrafaaee b. Abd Hamid
Pegawai Penerangan dan Dakwah
PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
rafaaee@zakatpahang.my
www.zakatpahang.my
SIRI KESEMBILAN BELAS
JADUAL PENGIRAAN ZAKAT TERNAKAN
Menyambung kepada susunan dari keluaran yang lalu, seperti mana yang kita
maklumi bersama, Allah SWT menciptakan binatang-binatang ternakan ini untuk
kepentingan manusia antara lainnya untuk ditunggangi sebagai kenderaan, dimakan
dagingnya, diminum susunya dan diambil bulu dan kulitnya. Dengan disebabkan
kepentingan-kepentingan di atas, Allah SWT meminta para pemilik binatang ini
supaya bersyukur atas nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka. Ini
dirakamkan di dalam surah Yaasinn ayat
71 hingga 73 yang bermaksud :
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk
mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami
ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya? Dan
Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi
kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan. Dan mereka
beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh
minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
Melaksanakan tuntutan zakat atas binatang-binatang ternakan ini adalah tindakan
merealisasikan konsep syukur kepada Yang Maha Berkuasa dan memohon keredaan
dari-Nya sesuai dengan tuntutan al-Quran
dan Hadis Nabi saw.
Untuk melaksanakan tuntutan zakat ini, berikut adalah binatang ternakan yang
wajib dikeluarkan zakatnya :
-
Lembu / kerbau
-
Kambing / biri-biri
-
Unta
Kerbau dan lembu adalah terdiri dari jenis yang sama, oleh itu hukum zakat ke
atasnya adalah sama seperti juga keadaannya kambing dan biri-biri.
Jadual Pengiraan zakat Lembu / Kerbau
|
Bil
|
Zakat (ekor)
|
|
30-39
|
1 Jantan
|
|
40-59
|
1 Betina
|
|
60-69
|
2 Jantan
|
|
70-79
|
1 Jantan & 1 Betina
|
|
80-89
|
2 Betina
|
|
90-99
|
3 Jantan
|
|
100-109
|
2 Jantan & 1 Betina
|
|
110-119
|
1 Jantan & 2 Betina
|
Nota : Sekiranya jantan maka umurnya mestilah berumur 1 tahun
atau lebih dan betina mestilah berumur 2 tahun atau lebih.
Panduan :
-
Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi
setiap 30 ekor lembu / kerbau diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang
berumur 1 tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu
betina yang berumur 2 tahun.
-
Jika ternakan bercampur antara lembu dan kerbau, maka zakatnya terserah
kepada pembayar sama ada mahu memberi lembu atau kerbau daripada peliharaan
itu.
Jadual
Pengiraan zakat Kambing / Biri-biri
|
Bil
|
Zakat (ekor)
|
|
40-120
|
1 (jantan atau
betina)
|
|
121-200
|
2 (jantan atau
betina)
|
|
201-399
|
3 (jantan atau
betina)
|
Nota
: Sekiranya jantan maka umurnya mestilah 1 tahun atau lebih
dan sekiranya betina mestilah berumur 2 tahun atau lebih.
Panduan :
-
Bagi jumlah 400 ekor dan ke atas, zakatnya ialah 1 ekor bagi setiap 100
ekor.
Contoh :
|
Bil
|
Zakat (ekor)
|
|
400-499
|
4
|
|
500-599
|
5
|
|
600-699
|
6
|
Pengiraan zakat Unta (apabila
nisab unta kurang dari 24 ekor)
|
Bil
|
Zakat (ekor)
|
|
1-4
|
Tidak diwajibkan zakat
|
|
5-9
|
1 ekor kambing
|
|
10-14
|
2 ekor kambing
|
|
15-19
|
3 ekor kambing
|
|
20-24
|
4 ekor kambing
|
Pengiraan zakat Unta (apabila nisab unta lebih dari 24 ekor)
|
Bil
|
Zakat (ekor)
|
|
25-35
|
1 ekor unta betina (1 tahun)
|
|
36-45
|
1 ekor unta betina (2 tahun)
|
|
46-60
|
1 ekor unta betina (3 tahun)
|
|
61-75
|
1 ekor unta betina (4 tahun)
|
|
76-90
|
2 ekor unta betina (2 tahun)
|
|
91-120
|
2 ekor unta betina (3 tahun)
|
|
121-129
|
3 ekor unta betina (2 tahun)
|
|
130-139
|
1 ekor unta betina (3 tahun)
+ 2 ekor unta betina (2 tahun)
|
|
140-149
|
2 ekor unta betina (3 tahun)
+ 1 ekor unta betina (2 tahun)
|
|
150-159
|
3 ekor unta betina (3 tahun)
|
|
160-169
|
4 ekor unta betina (2 tahun)
|
|
170-179
|
3 ekor unta betina (2 tahun)
+ 1 ekor unta betina (3 tahun)
|
|
180-189
|
2 ekor unta betina (2 tahun)
+ 2 ekor unta betina (3 tahun)
|
|
190-199
|
3 ekor unta betina (3 tahun)
+ 1 ekor unta betina (2 tahun)
|
|
200-209
|
4 ekor unta betina (3 tahun)
+ 5 ekor unta betina (2 tahun)
|
|