Zakat dari segi bahasa maksudnya mensucikan, subur, berkembang. Banyak pengertian yang dikembangkan daripada perkataan di atas, misalnya, ia mensucikan harta, menyuburkan silaturrahim, dan mengembangkan punca rezeki. Dari segi istilahnya, zakat adalah mengeluarkan harta mengikut syarat yang ditentukan oleh syarak dengan kadar tertentu kepada golongan tertentu (asnaf zakat). Zakat ni kita boleh umpamakan macam proses kita mencantas pokok. Masa kecil saya di kampung, ayah dan mak saya selalu memangkas pokok-pokok buah-buahan dan bunga di sekitar tujuan. Bila kita potong dahan pokok-pokok ni, ia akan nampak gondol dan pelik. Tapi hasilnya, pokok-pokok ni akan jadi lebih subur, rimbun dan rendang. Macam itulah…
Anda sudah ada perniagaan dan telah gunakan media sosial seperti Facebook, Blog, Instagram dan YouTube sebagai platform untuk memasarkan perniagaan anda, tapi tahap perniagaan anda masih lagi sama seperti dulu? Nak tahu kenapa? Jika anda menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran sepenuh masa, anda perlu tahu 7 langkah ini untuk bantu anda buat lebih banyak jualan. 1. Tingkatkan kualiti post anda. Kebanyakkan peniaga akan menganalisis keberkesanan pemasaran di media sosial apabila mereka post tentang sesuatu barangan atau produk. Anda boleh tengok keberkesanan posting anda melalui Reach. Dari sini anda boleh tahu posting mana yang mendapat Reach yang tinggi. - Selalunya,…
Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).  Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.  Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga…
Ramai yang tak tahu Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan juga ahli perniagaan. Beliau dianugerahi dengan 2 orang anak lelaki. Ini nasihat beliau kepada dua orang anak lelaki sebelum beliau meninggal. Bila berniaga, jangan kutip hutang. Bila berniaga jangan kena cahaya matahari. Dua ayat yang bila diterjemahkan dengan pandangan yang berbeza akan mendatangkan keputusan yang berbeza. Lalu kedua anak lelaki Hassan Al-Basri mengikut nasihat itu dengan pandangan yang berbeza. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang bertambah maju. Satu hari si Ibu ( Balu Hassan Al Basri )…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG