Pendidikan hanya mampu dicapai setakat darjah 6, peluang pertingkat kerjaya disekat, malah pernah ditipu ketika mula melibatkan diri untuk berniaga. Namun semua itu langsung tidak melemahkan semangat untuk terus mengejar kejayaan. Malah berkat kesungguhan, Abdul Raman Jaafar, 44, yang tidak lancar membaca dan tidak cekap menulis, kini memiliki 10 buah syarikat merangkumi perniagaan tekstil, pakaian dan aksesori. Pengamatan penulis mendapati, walaupun sudah berjaya, beliau tidak meninggi diri, tidak kedekut ilmu dan tidak malu mendedahkan kekurangannya. Contohnya, pesanan ringkas penulis mengenai temu janji dengan beliau dibalas dengan rakaman suara aplikasi Whatsapp yang berbunyi, “Maaf, puan tulis apa panjang-panjang? Saya tak faham.…
JUJUR DALAM BERNIAGA Setiap peniaga tentu mengimpikan keuntungan yang banyak dan berlipat ganda hasil dari apa yang diniagakan. Namun harus diingatkan, di dalam keghairahan peniaga-peniaga mencari untung yang lebih banyak, janganlah pula melakukan penipuan dalam sukatan dan timbangan. Allah SWT telah berfirman di dalam  surah Al-Mutaffifin ayat 1-3, mahfumnya : “kecelakaan yang besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau mereka menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.” Maksud menipu dalam sukatan dan timbangan di sini adalah sangat meluas…
Semua orang pasti inginkan impian mereka menjadi kenyataan. Anda juga pasti ada impian yang ingin dicapai. Betul tak? Pernahkah anda merasakan yang diri anda akan berjaya suatu hari nanti? Adakah anda mempunyai kekuatan diri yang akan membantu anda untuk melakukan sesuatu yang besar dalam hidup anda? Apakah anda hanya perlukan sedikit masa sahaja lagi untuk buktikannya dan memastikan yang impian anda akan menjadi kenyataan? Jika ayat di atas ini menggambarkan diri anda, sebenarnya anda sudah mempunyai SIKAP yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya! Tahniah! Oleh sebab itu, kami ingin kongsikan pada anda 5 SIKAP yang perlu ada dalam diri…
TIPS BINA PERNIAGAAN SENDIRI YANG BERJAYA : MODAL PERNIAGAAN JANGAN DI USIK Modal perniagaan adalah perkara utama yang mengerakkan sesuatu perniaggan, jadi larangan utama dalam bisnes atau perniagaan adalah tidak mengusik modal perniagaan. Modal perniagaan hendaklah di asingkan daripada wang peribadi dan keuntungan perniagaan. Sebaiknya membuat dua akaun bank berbeza antara wang syarikat dan wang peribadi. Perbelanjaan perniagaan hendaklah direkodkan dengan teratur dalam buku kira-kira dan apabila bisnes telah berkembang sebaiknya mengaji akauntan untuk menjaga wang perniagaan. MEMILIH PRODUK PERNIAGAAN YANG MUDAH DIJUAL DAN TIADA RISIKO KEROSAKKAN Pemilihan produk perniagaan amat penting supaya produk perniagaan yang hendak diniagakan mudah dijual,…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG