Sumber rezeki bagi setiap orang bukan terbatas dalam bentuk wang ringgit, material atau harta benda semata-mata, tetapi rezeki juga meliputi kelapangan waktu untuk membuat kebaikan dan amal ibadah kepada Allah SWT, kesihatan yang baik, hati yang tenang dan lapang, idea bernas dan bermanfaat, hatta kehidupan yang bahagia sekalipun. Rezeki yang paling baik adalah rezeki yang dipenuhi dengan berkat iaitu rezeki yang walaupun sedikit tetapi mencukupi, manakala rezeki yang tidak baik adalah rezeki yang diperoleh dengan banyak, tetapi tidak mendatangkan manfaat, tidak pernah cukup dan tidak berkat. Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir dalam rancangan Tarbiah berkata, seseorang Mukmin yang mencari rezeki…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG