Potongan Zakat Berjadual

PENGENALAN

Potongan Zakat Berjadual (PZB) merupakan satu kemudahan kepada pembayar zakat membayar zakat secara potongan gaji bulanan melalui majikan. Melalui kaedah ini, pembayar zakat tidak perlu lagi berurusan di kaunter dan pembayar akan menikmati rebat cukai 100%.

CARTA ALIR POTONGAN ZAKAT BERJADUAL (MAJIKAN)

  1. Pekerja mengisi Borang Arahan Potongan Gaji (PZB) secara manual atau online.
  2. Pekerja memaklumkan atau memberikan salinan borang kepada Majikan (Bahagian Gaji).
  3. Majikan memproses permohonan dan menyediakan bayaran zakat pekerja.
  4. Bayaran boleh dibuat melalui keadah seperti berikut :-
  1. Menyediakan cek atas nama MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG ; atau
  2. Deposit wang tunai atau cek melalui kaunter atau mesin deposit di mana-mana bank ; atau
  3. Pindahan wang sama ada melalui Telegraphic Transfer (TT), Interbank Giro (IBG) atau Electronic Fund Transfer (EFT).
  1. Majikan hendaklah menghantar DATA BAYARAN ZAKAT PEKERJA (Senarai Nama, No.IC dan Amaun Zakat, Bukti Bayaran) kepada PKZ Pahang melalui :
  1. Sistem e-Majikan PKZ Pahang ; atau
  2. Emaildatapzb@zakatpahang.my (utama) / kzb@zakatpahang.my (c.c.) ; atau
  3.  Pos atau Serahan tangan (by hand) ke alamat :-

Bahagian Khidmat Zakat Berjadual
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota, 25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur

Data Bayaran hendaklah dihantar dan diterima oleh PKZ Pahang sebelum 10hb pada setiap bulan.

Image
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG