KUANTAN. 27 November 2020 bersamaan 11Rabilulakhir 1442H; Segala puji dan syukur kehadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah menunaikan kewajipan berzakat beliau bertempat di pejabat YAB Menteri Besar di Blok A Wisma Sri Pahang, Kuantan. Pembayaran zakat pendapatan beliau telah diserahkan kepada Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Haji Che Samsol bin Ibrahim, Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang dan Encik Mohd Farid bin Ishak, Pegawai Unit Taksir Zakat PKZ…