Wednesday, 19 February 2020 00:16

HALATUJU TAHUN 2020 PKZ PAHANG

Rate this item
(0 votes)

HALATUJU TAHUN 2020 PKZ PAHANG

PEKAN, 1 & 2 Februari 2020 bersamaan7-8 Jmadilakhir 1441H - Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah berjaya mengadakan Bengkel Halatuju 2020 PKZ Pahang kepada  82 orang kakitangan PKZ Pahang bertempat di Ancasa Royale Resort, Pekan Pahang.

Tujuan bengkel ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan berkenaan prestasi 2019, Pelaporan Audit ISO dan perancangan gerak kerja tahun 2020 PKZ Pahang.

Bagi gerak kerja tahun 2020, PKZ Pahang telah menggariskan 5 fokus utama iaitu ;

  1. Z-Barakah yang memberi fokus untuk memantapkan lagi urusan potongan gaji bagi Zakat Pendapatan.
  2. Z-Tijari, strategi bagi meningkatkan pembayaran zakat perniagaan.
  3. Z-STEP, mengenalpasti potensi baharu bagi Zakat Simpanan, Ternakan, Emas, Pertanian dan Rikaz
  4. Z-ProDak, strategi bagi mempelbagaikan kempen dakwah zakat melalui medium promosi yang berkesan.
  5. Z-Samart, memaksimakan penggunaan ICT dalam gerakkerja PKZ.

Perasmian penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Yang Hormat  Dato’ Ahmad Hairi bin Hussien.

Semoga dengan adanya perancangan rapi seperti ini dapat melonjakkan motivasi semua kakitangan PKZ Pahang untuk menghadapi gerak kerja 2020 dengan lebih efisien dan stratigis.

Read 662 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG