Wednesday, 04 March 2020 05:06

ZAKAT@ MYKAMPUNG

Rate this item
(0 votes)

RAUB, 10 Januari 2020- Pusat Kutipan Zakat Pahang (Cawangan Raub) telah membuka kaunter khas untuk penduduk Kampung Gali, Raub yang diadakan di dalam kawasan Masjid Gali. Kaunter tersebut memberi peluang kepada masyarakat kampung untuk membuat pertanyaan, kiraan dan pembayaran zakat tanpa perlu ke pejabat PKZ yang mana mungkin agak sukar bagi sebahagian dari mereka untuk bergerak ke Pejabat PKZ. Kaunter ini telah mendapat sambutan dari penduduk kampung yang bertanyakan berkenaan kemusykilan zakat. Selain daripada kaunter perkhidmatan, Ustaz Mohamad Fakhri bin Abu Bakar (Pegawai Zakat Raub) turut menyampaikan khutbah dan taklimat zakat kepada para Jemaah.

Read 579 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG