Wednesday, 11 March 2020 00:01

BAYAR ZAKAT MELALUI APLIKASI PAHANG GO

Rate this item
(1 Vote)

KUANTAN, 2 Mac 2020 ;

Pusat Kutipan Zakat (PKZ) telah mengadakan majlis perjanjian persahaman kerjasama dengan pihak Pahang Go Sdn Bhd untuk menggunakan aplikasi Pahang Go bagi urusan bayaran zakat harta. Penubuhan Syarikat Pahang Go adalah insiatif oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bagi memudahkan rakyat negeri Pahang membuat bayaran cukai dan lain keperluan asas melalui servis ‘one stop centre’.

Aplikasi Pahang Go boleh dimuat turun melalui Appstore dan Playstore. Melalui aplikasi ini, umat Islam di negeri Pahang boleh membuat bayaran zakat harta mereka melalui saluran pembayaran FPX, Kad Kredit, Kad Debit atau e-Wallet.

Selain daripada pembayaran zakat, perkhidmatan Pahang Go ini turut menyediakan bayaran prepaid telefon, cukai tanah, cukai pintu, pinjaman pembelajaran, pembelian tiket dan semua pembayaran bil-bil tiliti.

Pihak PKZ Pahang mengharapkan dengan tersedianya kemudahan aplikasi Pahang Go ini umat Islam dapat menunaikan ibadah zakat mereka dengan mudah dan pantas.

“ZAKAT DI HUJUNG JARI ANDA”

Read 821 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG