Sunday, 15 March 2020 23:55

FORUM : ‘CUKAI DAN ZAKAT, TANGGUNGJAWAB BELIA’.

Rate this item
(0 votes)

Kuantan- 11 Mac 2020 Rabu, Pusat Kutipan Zakat Pahang telah dijemput oleh Faculty of Management Studies Student Association (FOMSSA) Kolej Universiti Islam Sultan Haji Ahmad Shah (KUIPSAS) untuk menjayakan forum yang bertajuk ‘Cukai dan Zakat, Tanggungjawab Belia’.

Forum ini merupakan salah satu daripada program di dalam Minggu FOMSSA yang merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh persatuan pelajar FOMSSA. Forum ini berlangsung pada 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan diadakan di Dewan Barakah KUIPSAS.Seramai 200 orang pelajar KUIPSAS yang telah terlibat pada forum tersebut.

Pengisian Forum Cukai dan Zakat,Tanggungjawab Belia ini terbahagi kepada dua slot di mana slot pertama berkaitan dengan zakat telah disampaikan oleh Tuan Hj Che Samsol bin Ibrahim, Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang dan slot kedua berkaitan dengan cukai disampaikan oleh Encik Mohd Asri bin Khalid, Pegawai Khidmat Pelanggan LHDN kuantan dan moderator forum ini ialah Haji Mohd Faizul bin Abdul Hadi Nor,Pensyarah Fakulti Pengajian Pengurusan KUIPSAS.

Tuan Haji Che Samsol telah menekankan kewajipan bayar zakat kerana ia merupakan tuntutan agama dan pada yang sama mendapat rebat yang merupakan sebahagian tuntutan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967,Seksyen 6A(3).

Forum ini memberi impak yang positif dalam memahami pentingnya membayar zakat di negeri Pahang, khususnya kepada para pensyarah dan para pelajar yang akan bekerja pada masa hadapan.

Melalui forum ini diharapkan ilmu berkaitan dengan zakat ini dapat disebar luas dengan cara langsung atau tidak oleh para pensyarah dan pelajar yang hadir dalam program tersebut.

Read 635 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG