Thursday, 03 September 2020 08:31

GIMIK PELANCARAN SUARA PKZ EDISI INFO BERITA

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 25 Ogos 2020 –  Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dalam usaha memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat Islam telah menerbitkan satu lagi platform penerangan berasaskan berita iaitu ‘Suara PKZ’. Majlis gimik pelancaran secara atas talian (online) tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat PKZ Pahang menggunakan aplikasi ‘zoom’ yang boleh dicapai oleh semua pegawai dan kakitangan di seluruh cawangan di negeri Pahang.

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud yang disaksikan oleh Ketua-Ketua Bahagian, Pengurus-Pengurus Zon dan para pegawai serta kakitangan dari seluruh negeri Pahang.  YH Dato’ dalam ucapannya berkata, “Saya mengharapkan agar dengan penerbitan Suara PKZ ini merupakan satu lagi nilai tambah terbaharu bagi menyampaikan informasi zakat kepada orang ramai. Selain itu juga, saya juga mengharapkan masyarakat dapat memberi pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan dalam memberi kefahaman zakat dan cadangan saluran bantuan yang disediakan”.

Semoga saluran Suara Zakat ini dapat diterima oleh masyarakat di luar dan dapat mendekatkan lagi PKZ di hati masyarakat.

Disediakan oleh,
Noraidah binti Mustafa
Bahagian Perhubungan Awam Dan Korporat

Read 98 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG