Thursday, 03 September 2020 08:40

E-TAKSIR UNITEN MUADZAM SHAH

Rate this item
(0 votes)

Muadzam Shah, 28 Ogos 2020 – Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah telah mengadakan Program ‘The Quality Moment’ sebagai pengisian rohani berbentuk santai untuk meningkatkan kualiti sahsiah warga Uniten khususnya dalam pemantapan ibadah dan juga muamalat.

Program tersebut dimulakan dengan zikir Asmaul Husna beramai-ramai dan ceramah bertajuk Kongsi Rezeki serta sesi dialog berjaya menarik perhatian warga Uniten untuk berkongsi nikmat rezeki dengan membuat e-taksir sekaligus menunaikan bayaran zakat secara istiqamah iaitu melalui Khidmat Potongan Gaji. 

Hasilnya, selama 3 hari berturut-turut PKZ Muadzam Shah dengan bantuan Penyelia Zakat Pekan dan Penyelia zakat Rompin berjaya menyantuni hampir 80 orang kakitangan Uniten bagi menyelesaikan e-taksir yang tamat pada 31 Ogos 2020. 

Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah YBhg Prof Datuk Dr Hajah Salina binti Md Daud, Timbalan Naib Canselor Uniten Kampus Muadzam , YBhg Prof Madya Dr Haji Amanudin bin Haji Shamsuddin, Dekan Kolej Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan, ketua-ketua Jabatan, Pensyarah-pensyarah dan semua kakitangan sokongan.

Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap usaha yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan Unitem Kampus Muadzam.


Disediakan oleh :
Mohd Nadhir Shafiq bin Rameli
Penyelia PKZ Daerah Muadzam Shah

Read 59 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG