Monday, 07 September 2020 06:20

KULIAH DHUHA YB MENTERI AGAMA

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 1 September 2020 bersamaan 13 Muharam 1442 Hijrah –

Bersempena kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Muhammad Al-Bakri ke Kuantan dalam program Seminar Penghayatan Islam  Penjawat  Awam Negeri Pahang, beliau sempat meluangkan masa untuk memberikan Kuliah Dhuha dalam program ‘Ziarah Mahabbah Dhuha  Sempena  Maal Hijrah’ di Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Pahang dengan kerjasama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.

Dalam kesempatan tersebut, YB Senator Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Muhammad Al-Bakri mengulas beberapa perkara berkaitan ciri-ciri Ummah Rabbani yang boleh diterapkan dalam kehidupan masa kini.

Program tersebut telah berjaya menarik minat hampir 500 orang peserta yang tekun mendengar mutiara-mutiara bicara dari YB Senator. Dalam pada yang sama, kuliah tersebut turut disiarkan secara lansung melalui platform Facebook rasmi Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Beliau mengakhiri program ziarah ini dengan menyempurnakan beberapa sumbangan dari Tabung Musaádah COVID-19 dan YaPIEM kepada  para penerima. Semoga Allah SWT memberikan kesihatan dan kekuatan kepada YB Senator untuk terus bekerja demi agama bangsa dan negara.

Disediakan oleh,
Ustaz Mohamad Hidayat  b. Mohamad Nafiah
Bahagian Dakwah

Read 51 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG