Thursday, 08 October 2020 02:09

KAUNTER WAJIB TAKSIR DI KWSP PAHANG

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 23 September 2020 bersamaan 5 Safar 1442H;
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Negeri Pahang (KWSP) telah menganjurkan Program Kesejahteraan Kewangan (Financial Well Being) 2020 bersama agensi-agensi khidmat sosial seperti Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) , Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), Amanah Raya Berhad (ARB) dan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang).

Bersempena dengan program ini setiap jabatan turut menyampaikan taklimat berkenaan fungsi dan prosomosi jabatan masing-masing selain turut mengadakan pameran dan kaunter perkhidmatan.

Hasilnya, sepanjang program diadakan seramai 19 orang pelanggan telah menyelesaikan e-Taksir 2020 dan membuat bayaran zakat kepada PKZ Pahang. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap usaha yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan KWSP Negeri Pahang.

Disediakan oleh :
Zulfaiz Asraf
Perunding Zakat Daerah Kuantan

Read 65 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG