Thursday, 08 October 2020 02:21

TAKLIMAT ARAHAN WAJIB TAKSIR ZAKAT PPD LIPIS

Rate this item
(0 votes)

Kuala Lipis, 2 Oktober 2020 bersamaan 14 Safar 1442H;

Bersempena tempoh perlaksanaan arahan Wajib Taksir Zakat (WTZ) yang akan berakhir pada 31 Oktober 2020 ini,  Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Lipis telah mengambil inisiatif menjemput Pusat Kutipan Zakat (PKZ) untuk memberi taklimat khas berkaitan arahan tersebut.

Seramai 40 orang kakitangan PPD Lipis hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh En Mohd Zaisam Zainal, Pengurus PKZ Zon Barat. Perkongsian  yang disampaikan bukan sahaja  berkaitan proses perlaksanaan Arahan Wajib Taksir tetapi kakitangan turut diterangkan  manual terperinci kaedah pengiraan zakat pendapatan yang telah ditetapkan dalam arahan tersebut. Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Hamizin bin Nordin, Timbalan Pegawai Pendidikan daerah.

Warga PPD Lipis juga turut dibantu secara praktikal untuk membuat pendaftaran secara online melalui portal Etaksir (platform taksiran zakat pendapatan) di kaunter yang disediakan pada penghujung program.

Disediakan oleh,
Mohd Khairul Afnan bin Mohamad Ali
Perunding Zakat Daerah Lipis

Read 85 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG