Thursday, 10 December 2020 00:36

TUJUH BADAN KORPORAT BERZAKAT

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 09 Disember 2020 – Tujuh badan korporat telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2019  dengan amaun hampir RM6.8 juta kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Istana AbdulAziz, Bukit Istana, Kuantan.

Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud serta para pegawai dan kakitangan PKZ Pahang serta badan korporat yang terlibat.

Mendahului senarai badan korporat tersebut ialah FGV Holdings Berhad (FGV) yang diwakili oleh Ketua Bahagian Sawit Huluan & Ketua Pegawai Eksekutif FGV Plantations Malaysia Sdn Bhd, Encik Mohd Sarian bin Md Sahid menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM3,894,032.00 manakala Felcra Berhad Wilayah Pahang diwakili oleh Pengurus Besar Felcra Pahang, Tuan Haji Nor Zahari bin Zakaria menunaikan zakat sebanyak RM841,082.00.

Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) diwakili oleh Pentadbir KOSMA, Encik Zahari bin Abdul Aziz menyerahkan zakat berjumlah RM811,625.68 manakala Far East Holdings Berhad diwakili oleh Pengurus Besar, YH Dato’ Asmin binti Yahya dengan jumlah zakat sebanyak  RM765,341.92.

Radicare Groups of Companies (RADICARE) yang diwakili oleh Pengurus Besar Radicare Pahang, Encik Mohd Zahari bin Jaafar dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang diwakili oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah bin Haji Abdullah masing-masing menyerahkan zakat sebanyak RM181,546.00 dan RM168,230.73. Mengakhiri senarai badan korporat ialah AgroBank yang diwakili oleh Pengarah Wilayah Pahang, Encik Safaruddin bin Samsuddin dengan jumlah zakat sebanyak RM125,212.00.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua badan korporat yang terlibat kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Read 186 times
More in this category: « YAB MENTERI BESAR PAHANG BERZAKAT
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG