Tuesday, 09 March 2021 23:53

MARKAS ANGKATAN BERSAMA SERAH BORANG WAJIB TAKSIR

Rate this item
(0 votes)

Kuantan - 25 Febuari 2021

Suatu program santai bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari Pengajian Markas Angkatan Bersama (MAB) yang diadakan di MAB Jalan Panching, Kuantan. Aktiviti bulanan sebegini merupakan platform perkongsian pelbagai maklumat semasa untuk anggota tentera.

Program seharian ini melibatkan LHDN, PKZ dan Takaful. Slot PKZ bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Pengurus Zon Timur PKZ Pahang.

Turut diadakan kaunter pertanyaan dan taksiran zakat sebagai usaha membimbing anggota membuat taksiran zakat masing-masing. Hasilnya 70% daripada hadirin telah mengisi borang bayaran zakat Unrusan Gaji Tentera (UGAT). Sehingga kini terdapat 2,703 tentera daripada 12 buah Kem di negeri Pahang yang menyertai skim potongan gaji PKZ Pahang dengan amaun hampir RM 1.2 juta setahun.

Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan oleh warga Markas Angkatan Bersama Kuantan dan memberkati segala harta mereka yang masih tinggal.

Disediakan oleh :

Zul Faiz Ashraf bin Mohd Zin
Perunding Zakat Cawangan Kuantan

Read 125 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG