Wednesday, 10 March 2021 00:23

KUIPSAS TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN

Rate this item
(0 votes)

Kuantan – 2 Mac 2021

Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn Bhd., anak syarikat milik penuh  Kerajaan negeri Pahang yang memiliki Kolej Univesiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) telah menunaikan zakat perniagaan mereka bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2020 dengan jumlah zakat berjumlah RM61,358.45.

Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Dr Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan menyerahkan kepada YH Dato' Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Hj Mohd Zawavi bin Zainal Abidin , Rektor KUIPSAS dan YH Dato' Haji Halidan Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Pihak PKZ Pahang merakamkan ucapan setinggi terima kasih atas serahan zakat yang disempurnakan dan didoakan semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran atas ibadah zakat yang ditunaikan. Sesungguhnya pemberian ini amat bermakna kepada mereka dan mampu membawa sejuta kegembiraan di hati asnaf zakat.

Disediakan oleh :

Mohd Abdul Khaliq bin Mohd Nazir
Perunding Zakat Bahagian Pemasaran

Read 112 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG