Monday, 30 August 2021 06:27

MISI BANTUAN IHSAN MUIP-PKZ-JKM PAHANG KEPADA MANGSA BENCANA KEPALA AIR DI YAN, KEDAH

Rate this item
(1 Vote)

Yan, 29 Ogos 2021– Beberapa orang pegawai kanan dan kakitangan Majlis Ugama Islam Dan Adat Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang telah bertolak ke Kedah untuk menyertai Misi BantuanIhsan kepada mangsa bencana kepala air di daerah Yan Kedah yang berlaku pada 18 Ogos 2021 lalu.

Majlis Ugama Islam Dan Adat Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah memperuntukan sebanyak RM50,000 untuk membantu mangsa-mangsa bencana di daerah tersebutPenyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Dr Asmadi Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitul dan Operasi) MUIP kepada Yang Mulia Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muzaffar Shah, Pegawai Daerah Yan bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan.

Di dalam majlis tersebut juga, pihak JKM negeri Pahang juga turut menyumbang hampir 200 set peralatan elektrik untuk kegunaan keluarga mangsa terlibat.

Menurut Tuan Pegawai Daerah, pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)daerah Yan akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengagihkan bantuan yang diterima kepada mangsa-mangsa terlibat.

Saya merakamkan setinggu ucapan terima kasih kepada pihak MUIP dan JKM Pahang atas sumbangan yang telah disalurkan untuk diagihkan kepada 1,800 keluarga terlibat. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan mangsa terutama selepas mereka mengalamibanyak kerosakan harta benda dan kediaman ditenggelami lumpur yang dahsyat.”

Turut hadir bersama dalam rombongan tersebut ialah Encik Zulhairi bin Zainal Abidin Pengarah Jabatan Kebajikan MasyarakatPahang (JKM)Dato’’ Haji Halidan bin Md Daud Pengurus Besar KananPusat Kutipan Zakat Pahang dan Syeikh Haji Zakaria bin Othman Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Selepas simbolik penyerahan bantuan tersebut, rombongan juga turut melawat 10 keluarga terpilih di kawasan bencana untuk menyampaikan sumbangan barangan dan duit tunai.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat memberi kelegaan kepada mangsa untuk meneruskan kehidupan baharu spasca bencana.


Disediakan oleh,

Hji Che Samsol bin Ibrahim

Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam

Read 233 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG