Friday, 22 October 2021 03:27

PUSAT KUTIPAN ZAKAT DAN WAKAF PAHANG LANTIK PANEL PENASIHAT SYARIAH

Rate this item
(1 Vote)

KUANTAN – Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang telah melantik 6 individu sebagai ahli
Penasihat Syariah yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran dari agensi Agama dan ahli akademik bermula September 2021 hingga Disember 2023. Pelantikan ini merupakan pelantikan sesi kedua selepas badan penasihat ini ditubuhkan pada tahun 2019 yang lalu bertempoh selama dua tahun iaitu bermula pada tahun 2021 sehingga tahun 2023.

Ahli yang dilantik sebagai Penasihat Syariah pada sesi ini terdiri daripada Sohibus Saadah, Timbalan Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Haji Md.Zain selaku Pengerusi Badan Penasihat Syariah, Prof Madya Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Censelor UNIPSAS, Dr Azrul Azlan bin Iskandar Mirza dan Dr Asharaf bin Mohd Ramli dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM, Ustaz Haji Mustapahayuddin bin Haji Abdul Khalim Pengarah Institusi Ahli Sunnah Wal Jamaah UTHM dan Ustaz Haji Muhammad Uwais Qarni bin Abdul Wahab Al-Hafiz Mudir Pusat Pengajian Tahfiz Ribat Al-Mustafa.

Keberadaan Badan Penasihat Syariah ini adalah bertanggungjawab dalam menyemak, menasihati dan mengesahkan serta menjadi tempat rujukan awal tentang pengurusan hal-hal Syariah organisasi dan operasi PKZ dan Wakaf Pahang.

Pengurusan PKZ dan Wakaf Pahang ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan semoga usaha ini menjadikan PKZ dan Wakaf Pahang dapat melaksanakan pendekatan dan kaedah kutipan Zakat dan Wakaf secara profesional, efisyen dan sistematik berlandaskan hukum Syarak.

Disediakan oleh Bahagian Dakwah
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 257 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG