Friday, 22 October 2021 07:58

MINDA IMAM BESAR MUSIM KETIGA KEMBALI BERSIARAN

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 20 Oktober 2021– Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan dengan kerjasama Pusat Kutipan Zakat Pahang telah menganjurkan satu program Kuliah Dhuha yang dinamakan Minda Imam Besar yang bermula pada tahun 2019 dan sehingga kini. Minda Imam Besar (MIB) kini berada di musim ketiga telah bersiaran di FB PKZ Pahang bebeberapa tahun.

MIB ini disampaikan khas oleh YH Ustaz Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin selaku imam besar masjid negeri dan pada kali ini MIB membincangkan tajuk “100 Sunnah Rasulullah SAW yang dilupakan”. Program MIB ini diadakan pada setiap hari Rabu, Jam 10 hingga 11 Pagi bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.

Kuliah Dhuha Minda Imam Besar ini disiarkan secara eksklusif oleh Media Zakat Pahang dengan kerjasama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan secara langsung menerusi facebook rasmi Pusat Kutipan Zakat Pahang dan semua pengguna facebook dijemput untuk turut serta dalam program tersebut.

Dengan adanya penganjuran program sebegini, masyarakat bolehlah menambah ilmu pengetahuan dan dalam pada masa yang sama PKZ dapat menyebarkan dakwah zakat secara berterusan kepada masyarakat awam di negeri Pahang.

Disediakan oleh,

Bahagian Dakwah Dan Penyelidikan
PKZ Pahang

Read 138 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG