Kuantan, 3 Januari 2022 – Bencana banjir besar yang melanda negeri Pahang baru-baru ini telah memberi kesan kepada beberapa buah daerah antaranya daerah Kuantan, Temerloh, Bentong, Jerantut dan beberapa daerah lain. Turut terkesan adalah berbelas rumah kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Antara penempatan kakitangan yang ditenggelami banjir adalah di Taman Inderapura, Perumahan Bukir Rangin Perdana, Perumahan Cenderawasih dan Mentakab. Ada di antara mereka yang mengalami dua kali banjir sepanjang tahun 2021 sehingga tenggelam keseluruhan rumah. PKZ Pahang telah menubuhkan 2 kumpulan skuad pembersih bagi menghulurkan bantuan untuk membersihkan rumah kakitangan dan…
Menjadi kelaziman setiap tahun, bulan Disember adalah bulan zakat. Pada kebiasaanya ramai  kalangan umat Islam menunaikan kewajipan melaksanakan tuntutan rukun islam yang ketiga iaitu menunaikan zakat harta antaranya zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat emas dan zakat perniagaan. Sebagai sebuah badan yang  bertanggung jawab mengutip zakat di negeri Pahang, Pusat Kutipan Zakat Pahang telah mempelbagaikan promosi kesedaran kewajipan berzakat di kalangan umat Islam khususnya di negeri Pahang melalui saluran-saluran media terkini. TV Al-Hijrah adalah salah satu platform yang kita gunakan. Sebagai contoh pada bulan Disember tahun ini, Pengurus Besar Kanan Pusat kutipan Zakat Pahang, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud…
Kuantan - 24 Disember 2021, Rentetan daripada musibah banjir yang berlaku di negeri Pahang baru-baru ni,  Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) tampil menjadi institusi zakat negeri yang pertama menghulurkan bantuan. LZNK telah menyampaikan sumbangan berupa 6,000 kapit beras SST 5kg untuk disalurkan kepada mangsa banjir seluruh negeri  Pahang. LZNK dengan kekuatan sebanyak 4 biji lori 5 tan selamat tiba di Pusat Operasi banjir (POB) Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan  seawal jam 10.00 pagi telah disambut oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, Yang Hormat Dato’ Hamdan bin Hussin yang mewakili Setiausaha Kerajaan negeri Pahang. Turut sama dalam meraikan…
Kuantan – Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang melalui Bahagian Dakwah dan Penerangan telah berjaya mengadakan satu program secara maya melalui Zoom bersama lebih kurang 200 orang Pendakwah dan Ilmuwan Agama di negeri Pahang ini. Program Multaqa Dakwah Zakat 2021 berlangsung selama dua hari iaitu Selasa dan Rabu bersamaan 30 November dan 1 Disember 2021 dengan penyertaan dari Briged Dakwah dan Guru-guru Takmir di seluruh negeri Pahang. Program ini merupakan program kerjasama antara PKZ, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Multaqa ini dimulai dengan ucaptama oleh Ybhg Prof. Madya Dr. Haji…