KUANTAN, 28 JUN 2021 - Semua kakitangan kerajaan dan swasta yang berkhidmat di negeri Pahang diwajibkan membuat taksiran zakat pendapatan mereka. Taksiran zakat pendapatan boleh dibuat dengan mudah dan tepat secara atas talian melalui portal ezid.my. Bagi individu-individu yang belum pernah membuat taksiran zakat perlu mendaftar di portal ezid.my dan boleh membuat taksiran tersebut. Taksiran tersebut perlu dilakukan setiap tahun melalui portal ezid.my. Untuk tahun 2021, penghantaran arahan taksiran dalam bentuk surat dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar kepada individu yang belum ada rekod bayar serta individu yang melebihi tiga tahun tidak mengemaskini bayaran zakat. Kakitangan yang gagal atau…
Dalam musim pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ini, semua perkhidmatan kaunter jabatan-jabatan telah diarahkan tutup serta dilarang untuk berurusan dengan pihak luar termasuklah perkhidmatan kaunter Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang). Pilihan terbaik untuk orang ramai menunaikan kewajipan zakat dalam musim PKP ini adalah secara atas talian. Pembayaran zakat boleh dibuat melalui FPX (Financial Process Exchange), 11 saluran perbankan internet, aplikasi Pahang Go, portal MyEg, Pos Online dan E-Wallet. Kelebihan menunaikan zakat secara atas talian adalah ianya lebih cepat, selamat, boleh dilaksanakan di mana-mana dan yang lebih penting ianya dapat mengelak daripada jangkitan pandemic Covid-19. Sehingga ke 23 Jun…
KUANTAN, 30 April 2021 – Tujuh (7) badan korporat telah menyerahkan zakat perniagaan lebih RM1.2 juta ringgit bagi tahun 2020 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Istana Abdulaziz, Bukit Istana, Kuantan pada 30 April dan 5 Mei 2021 lalu.Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, YH Dato’ Haji Halidan…
Kuantan, 20 April 2021 - Setelah lebih daripada 23 tahun berkhidmat di Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Ketua Bahagian Pentadbiran, Puan Norhayati binti Ahmad menamatkan perkhidmatan terakhir beliau pada hari ini. Puan Norhayati disifatkan sebagai seorang yang banyak memberikan tunjuk ajar, menunjukkan teladan, peramah, cergas dan bertanggung jawab kepada semua pegawai. Majlis persaraan beliau yang diadakan pada Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang pada 20 Mac 2021 di Swiss-Bell Hotel, Kuantan. Lebih manis, dalam majlis tersebut juga beliau turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai penghargaan di atas perkhidmatan yang cemerlang ditunjukkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat di Bahagian Pentadbiran PKZ Pahang.…
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG