Kuantan - 25 Febuari 2021 Suatu program santai bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari Pengajian Markas Angkatan Bersama (MAB) yang diadakan di MAB Jalan Panching, Kuantan. Aktiviti bulanan sebegini merupakan platform perkongsian pelbagai maklumat semasa untuk anggota tentera. Program seharian ini melibatkan LHDN, PKZ dan Takaful. Slot PKZ bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Pengurus Zon Timur PKZ Pahang. Turut diadakan kaunter pertanyaan dan taksiran zakat sebagai usaha membimbing anggota membuat taksiran zakat masing-masing. Hasilnya 70% daripada hadirin telah mengisi borang bayaran zakat Unrusan Gaji Tentera (UGAT). Sehingga…
Alhamdulillah hasil kutipan zakat harta pada tahun 2020 telah berjaya meningkat sebanyak RM14.75 juta berbanding tahun 2019. Bagi tahun 2020, kutipan zakat harta bagi seluruh negeri Pahang adalah sebanyak RM158.2 juta. Ini bermaksud berlakunya peningkatan sebanyak RM14.8 juta (10.3%) berbanding kutipan tahun 2019 iaitu sebanyak RM143.4 juta. Dari segi bilangan pembayar, jumlah pembayar yang membayar zakat harta pada tahun 2020 adalah sebanyak 92,169 orang berbanding dengan tahun 2019 seramai 89,728 orang.
Penyumbang terbesar bayaran zakat harta adalah daripada zakat pendapatan dan harta yang dibuat melalui potongan gaji. Lebih RM80 juta telah diterima melalui potongan gaji dengan bilangan pembayar seramai 74,301…
KUANTAN, 09 Disember 2020 – Tujuh badan korporat telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2019  dengan amaun hampir RM6.8 juta kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Istana AbdulAziz, Bukit Istana, Kuantan. Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, YH Dato’ Haji…
KUANTAN. 27 November 2020 bersamaan 11Rabilulakhir 1442H; Segala puji dan syukur kehadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah menunaikan kewajipan berzakat beliau bertempat di pejabat YAB Menteri Besar di Blok A Wisma Sri Pahang, Kuantan. Pembayaran zakat pendapatan beliau telah diserahkan kepada Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Haji Che Samsol bin Ibrahim, Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang dan Encik Mohd Farid bin Ishak, Pegawai Unit Taksir Zakat PKZ…
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG