Temerloh, Jumaat 6 November 2020 – Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Temerloh telah menerima kunjungan daripada pemilik Syarikat Harqis Empire Sdn. Bhd. bagi menunaikan kewajipan sebagai seorang peniaga Islam. Pemilik syarikat ini merupakan usahawan muda berjaya yang telah membuka ruang pekerjaan kepada orang ramai menjana pendapatan melalui platform yang disediakan seperti menjadi dropship, ejen dan stokis bagi syarikat beliau. Pemilik dan pengasas Syarikat Harqis Empire Sdn Bhd ini, Puan Nur Saidatul Akma binti Jamaruddin berkata, beliau sentiasa mengingatkan rakan kerjanya supaya melaksanakan kewajipan sebagai seorang Islam dalam setiap usaha dan pekerjaan yang dilakukan seperti menunaikan solat dan zakat perniagaan. Asbab…
KUANTAN, 28 Oktober 2020 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang menjadi negeri pertama di pantai timur yang menjalinkan kerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab bagi memudahkan urusan pembayaran zakat pemandu dan penghantar mereka. Jalinan kerjasama tersebut diadakan di dalam Majlis Pelancaran Sinergi Grab & Zakat di Perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 yang dihadiri kira-kira 100 orang tetamu dan jemputan. Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH Dato Haji Halidan bin Md Daud berkata, kerjasama ini memberi pilihan kepada pemandu atau penghantar makanan menunaikan zakat setiap kali menerima penumpang atau tempahan yang mana bayaran zakat ditolak secara automatik daripada upah yang…
KUANTAN, 20 Oktober 2020 – Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah melaksanakan kempen Wajib Taksir Zakat Pendapatan semenjak tahun 2018 sehingga kini. Kegagalan atau enggan memberikan Taksiran Zakat apabila diminta oleh pihak MUIP adalah merupakan satu kesalahan menurut Seksyen 24 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Negeri Pahang. Dalam tempoh tersebut, sejumlah 28,127 surat arahan telah dihantar kepada individu yang berkenaan bagi mengemukakan maklumat pendapatan serta taksiran zakat pendapatan masing-masing. Bagi individu yang gagal melengkapkan dan mengembalikan borang taksiran dalam tempoh yang telah ditetapkan, pihak PKZ Pahang telah memanjangkan senarai nama…
Pekan, 01 Oktober 2020 bersamaan 13 Safar 1442H; Seramai 88 orang Peneroka dan Penerokawati telah hadir dalam program 'Roll Call' bulanan dan pengisytiharan pencapaian hasil sawit Januari hingga September 2020. Dalam masa yang sama Pusat Kutipan Zakat Pahang telah dijemput untuk memberi ceramah dan membuka kaunter zakat sepanjang program berlangsung. Ceramah telah disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Mohd Amran Bin Abdul Hamid Penolong Pengurus PKZ Kuantan yang bertajuk 'Keberkatan Dalam Hidup'. Berikutnya kaunter zakat telah dibuka dengan dibantu oleh PPZ Pekan, PPZ Muadzam dan PPZ Rompin. Alhamdulillah sambutan amat mengalakkan di kalangan peneroka dan penerokawati Felda Chini Timur 3.  Hasil…
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG