Kuala Lipis, 2 Oktober 2020 bersamaan 14 Safar 1442H; Bersempena tempoh perlaksanaan arahan Wajib Taksir Zakat (WTZ) yang akan berakhir pada 31 Oktober 2020 ini,  Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Lipis telah mengambil inisiatif menjemput Pusat Kutipan Zakat (PKZ) untuk memberi taklimat khas berkaitan arahan tersebut. Seramai 40 orang kakitangan PPD Lipis hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh En Mohd Zaisam Zainal, Pengurus PKZ Zon Barat. Perkongsian  yang disampaikan bukan sahaja  berkaitan proses perlaksanaan Arahan Wajib Taksir tetapi kakitangan turut diterangkan  manual terperinci kaedah pengiraan zakat pendapatan yang telah ditetapkan dalam arahan tersebut. Turut hadir dalam program ini ialah Tuan…
Kuantan, 30 September 2020 bersamaan 12 Safar 1442H;Alhamdulillah, 69 Guru-Guru Besar Sekolah Daerah Kuantan telah hadir ke Program Kerohanian Majlis Guru-Guru Besar Kuantan dengan kerjasama PKZ Pahang.  Pengisian Khas Quality Moment bersama Sahibus Saadah Imam Besar Masjid Negeri, YH Dato’ Haji Badli Shah bin Alauddin bertajuk 'Keberkatan Pada Perbuatan' sedikit sebanyak menghuraikan keberkatan Ilmu, kepentingan kesihatan dan kecantikan, keberkatan makanan, keluarga dan juga keberkatan pada Harta.   Manakala pengisian Tutorial e-Taksir disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman, Pengurus Zon Timur Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang). Beliau menunjukkan demonstrasi manual pendaftaran, log masuk e-taksir sekaligus  tips 5 langkah…
Kuantan, 23 September 2020 bersamaan 5 Safar 1442H;Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Negeri Pahang (KWSP) telah menganjurkan Program Kesejahteraan Kewangan (Financial Well Being) 2020 bersama agensi-agensi khidmat sosial seperti Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) , Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), Amanah Raya Berhad (ARB) dan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang).Bersempena dengan program ini setiap jabatan turut menyampaikan taklimat berkenaan fungsi dan prosomosi jabatan masing-masing selain turut mengadakan pameran dan kaunter perkhidmatan.Hasilnya, sepanjang program diadakan seramai 19 orang pelanggan telah menyelesaikan e-Taksir 2020 dan membuat bayaran zakat kepada PKZ Pahang. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap usaha yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan KWSP Negeri Pahang. Disediakan oleh :Zulfaiz AsrafPerunding…
Kuantan, 25 September 2020 bersamaan 7  Safar 1442H; Syukur he hadrat Allah SWT kerana warga Pusat Kutipan Zakat Pahang berpeluang  mendengar tazkirah Dhuha mingguan yang telah disampaikan oleh seorang tokoh pendakwah terkenal negara iaitu Yang Berhagia Datuk Dr Haji Zahazan Mohamaed. YBhg Datuk Dr Zahazan pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Melaka. Beliau merupakan penceramah bebas yang aktif di stesen-stesen televisyen, radio, media sosial dan telah menulis puluhan buku-buku agama.  Majlis tazkirah tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama PKZ Pahang dan telah dihadiri hampir 50 orang kakitangan PKZ Pahang. Di dalam tazkirahnya, YBhg Datuk Dr telah menyentuh…
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG