Friday, 03 July 2020 06:59

Jika emas yang dimiliki itu misalnya gelang atau rantai, cincin bertatahkan permata, berlian dan sebagainya, apakah semuanya dikenakan zakat?

Rate this item
(0 votes)

Zakat hanya diwajibkan kepada nilai berat emas yang ada pada perhiasan itu sahaja. Adapun segala tatah berlian, batu permata dan sebagainya tidak dikenakan zakat padanya.

Ini jika pemilikan bersifat kegunaan individu. Adapun jika ianya diniagakan atau dijadikan barangan niaga atau perdagangan, maka hendaklah ditaksirkan kesemua nilai pemilikan tersebut dengan nilai matawang dan dizakatkan sebanyak 2.5%.

Read 599 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG