Friday, 03 July 2020 07:02

Saya adalah pelabur emas. Saya melabur dalam bentuk jongkong dan syiling emas Apakah zakat yang dikenakan ke atas saya?

Rate this item
(0 votes)

Zakat emas jongkong mahupun syiling yang dimilki untuk diperniagakan samada dalam bentuk pelaburan dan seumpamanya adalah dianggap tertakluk kepada zakat. Dalam hal ini emas jongkong dan syiling yang diperniagakan atau dimasukkan dalam pelan pelaburan adalah dianggap sebagai urudh al- tijarah (harta atau barang yang diniagakan)

Jika nisabnya tidak mencukupi, maka ia perlu disertakan atau disekalikan dengan harta perniagaan yang lain ataupun dengan simpanan lain yang dimiliki pemilik emas tersebut. Sekiranya cukup nisab, maka layak emas tersebut dizakatkan sebanyak 2.5% dari nilainya setelah ditukar kepada nilaian dalam matawang negara.

Kesimpulannya jika tidak cukup nisab, maka emas tersebut perlu dimasukkan bersama kiraan harta lain seperti simpanan yang sedia ada bagi menentukan nilai zakat yang dikenakan. Sekiranya cukup nisab, kesemua harta tersebut boleh dizakatkan sekali walaupun kiraan dibuat berasingan. (Lihat Al-Mughni, Ibn Qudamah 3/36)

Read 577 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG