Friday, 03 July 2020 07:05

Saya meminjamkan emas kepada seseorang untuk dijadikan modal. Siapakah yang perlu membayar zakat emas tersebut jika tiba haulnya?

Rate this item
(0 votes)

Di dalam Fath al-Aziz oleh Al-Rafiie (5/502) berdasarkan pandangan yang sahih dalam Mazhab Imam al-Syafie zakat hutang wajib dikeluarkan oleh pemiutang setiap kali mencukupi haul walaupun si penghutang belum melunaskan hutangnya. Kadar zakat yang dikenakan adalah untuk tempoh selama hutang itu berada di tangan penghutang.

Ini adalah berdasarkan kepada athar yang kuat dari para sahabat khasnya dari para Khulafa al-Rasyidin iaitu Umar. Uthman dan Ali r.anhum dan berdasarkan pandangan yang lebih berjaga-jaga (ihtiyat) kerana menurut Syaikh Muhammad Al-Amin al-Syanqiti bahawasanya permaslahan zakat hutang ini tiada sebarang nas di dalam al-Quran dan al-Sunnah mahupun Ijmak. (Adwa al-Bayan 2/141) Justeru membayar zakat baginya adalah lebih awla.

Read 515 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG