Wednesday, 08 July 2020 01:22

Hukum zakat ke atas pengeluaran i-Lestari kwsp bagi negeri Pahang

Rate this item
(0 votes)

Persoalan berkaitan pengeluaran zakat i-Lestari dalam tempoh PKP ini, berikut adalah jawapannya :

  1. Bagi ahli KWSP beragama Islam yang membuat pengeluaran i-Lestari bagi tujuan kelangsungan hidup diri sendiri dan tanggungannya serta menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan, ia dikira sebagai pengeluaran di bawah kategori Hajah Asliyah dan TIDAK DIWAJIBKAN ZAKAT; dan
  2. Manakala bagi ahli KWSP beragama Islam yang membuat Pengeluaran i-Lestari bukan bagi tujuan menampung keperluan asas diri sendiri dan tanggungannya, maka ZAKAT ADALAH DIWAJIBKAN ke atas pengeluaran tersebut berdasarkan Zakat Mal Mustafad sekiranya mencapai nisab dan haul yang telah ditentukan.

Kaedah mengeluarkan zakat KWSP (sekiranya termasuk no.2 di atas):

Jumlah yang dikeluarkan (dari tabung KWSP) X 2.5% (kadar zakat) = Jumlah Zakat

Contohnya: RM500 X 2.5% = RM12.50 sahaja

atau

Ditaksir bersama pendapatan tahunan semasa bagi yg mempunyai pendapatan bulanan.

Kaedah ini adalah selaras dengan pandangan yang telah dikemukan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKSP) KWSP.

Semoga pencerahan ini ada manfaatnya buat masyarakat dan kita tidak terlalai dengan apa yang menjadi kewajipan atas diri kita sendiri. Wallahu'alam.

Read 1100 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG